Majlis Sua Kembali dan Football Circle mewarnai suasana pasca peperiksaan

Majlis Sua Kembali dan Football Circle mewarnai suasana pasca peperiksaan

Majlis Sua Kembali




16 Julai, Darul Rahmah, - Bertempat di Darul Rahmah telah berlangsung Majlis Sua Kembali 09/10 khusus kepada mentor-mentor siswi anjuran Unit Mentor Council.Majlis bermula pada pukul 6.00 petang agak lambat tidak seperti yang dirancang iaitu semua mentor perlu berkumpul tepat jam 5.15 petang.Tepat jam 6.00 petang, majlis dimulakan dengan nasyid Asmaul Husna oleh peserta.Kemudian diteruskan dengan slot “Tugas Dakwah Tak Pernah Dan Tak Akan Berakhir” oleh penceramah Ustazah Mufidah Hawa. Slot ini lebih berkisarkan tentang tugas seorang dai’e yang mana ianya amat penting untuk digalas dibahu mentor walau dimana dia berada.




Seterusnya slot “Bicara Mentor” mengambil tempat.Slot ini telah banyak membuka mata para mentor yang hadir. Ianya dimulakan dengan tayangan ‘slide show’ yang bertemakan “Rasullah SAW dalam kenangan” .Tayangan yang benar-benar menyentuh hati.Ianya memaparkan sejarah dakwah Rasullah di awal sehingga terbinanya daulah islamiah di Madinah. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang perlu dihadapi oleh baginda SAW berserta para sahabat dan hamba sahaya yang serba daif tetapi atas dasar kefahaman dan akidah yang mantap yang telah diterapkan oleh Baginda SAW, mereka berjaya mengubah kejahilan masyarakat. Kemudian, pengisi slot iaitu Ustazah Azimah Arba’in meneruskan slot tersebut dengan sesi luahan hati para mentor setelah hampir setahun memegang amanah sebagai seorang mentor. Alhmdulillah dengan izinNYA, kebijaksanaan pengisi slot yang berkomunikasi dari hati ke hati dengan para mentor telah membuatkan slot tersebut hidup.



Setelah itu.majlis diserikan dengan acara yang ditunggu-tunggu oleh para mentor iaitu acara penyampaian anugerah dan hadiah. Acara terlebih dahulu dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Ketua UPI, NurLiyana Che Ali dan Timbalan Pengerusi 2, Syamilah Mohamad. Antara acara yang telah dipertandingkan adalah 6 anugerah mentor pilihan ramai. Mentor Mithali 09/10 dan cabutan bertuah. Tiga orang pemenang “Double M Contest” turut diumumkan. Para mentor kelihatan begitu gembira sekali dengan acara ini.



Sebelum majlis berakhir, telah diadakan bacaan doa wehdah yang diketuai oleh Ustazah Azimah Arba’in. Laungan takbir oleh para mentor bergema di akhir bacaan doa ini. Semoga ALLAH tautkan dan satukan hati-hati insan yang ingin memperjuangkan agamaNYA. Seterusnya majlis bersurai dan acara mengisi perut pula mengambil alih. Semua mentor bertolak pulang selepas magrib dengan menggunakan khidmat musyrif yang telah disediakan oleh pihak penganjur memandangkan majlis bermula agak lambat. Dua slot juga terpaksa dibatalkan iaitu slot “Kenalkah aku akan rakan takhiku??” dan sesi fotografi. Sejuta kesyukuran dipanjatkan pada ALLAH Taala yang telah mengizinkan majlis ini berlangsung dengan jayanya

Football Circle

16 Julai, Istad – Football Circle di bawah kelolaan Mentor Council, UPI telah berjaya diadakan usai sahaja tamat peperiksaan akhir tahun bagi keseluruhan pelajar konvensional.
Program yang bermula pada pukul 3.30 petang di padang rumput Jami’ah Mansurah telah dihadiri oleh para mentor dan mentee. Aktiviti dimulakan dengan perlawanan bola dan kemudiannya disusuli dengan acara tarik tali.



Di akhir program, para peserta diberi pengisian rohani yang disampaikan oleh Ustaz Fadhil b Hasanuddin. Beliau menegaskan bahawa kewajipan amar makruf nahi mungkar bukanlah tugas AJK PCM atau hisbah sahaja bahkan melibatkan kesemua ahli.
Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment