Pada 14 September bersamaan 4 Ramadan 1431H yang lepas, telah diadakan satu ceramah perdana bertajuk “Sirah Rasulullah s.a.w”. Ceramah itu telah disampaikan oleh Ustaz Fadhil b Hasanuddin, mahasiswa tahun 2 Qiraat Shubra,Kaherah. Para pelajar telah mula berkumpul di Darul Rahmah sejak pukul 4 petang.
Alhamdulillah ceramah perdana ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar walaupun berada dalam fatrah dur thani. Seramai 71 orang pelajar terdiri daripada 25 orang ikhwah dan 46 orang akhawat telah berjaya hadir.Ini menunjukkan semangat mereka untuk menghidupkan Ramadhan dengan sebaik mungkin.
Pelbagai cerita dan peringatan telah dikongsi oleh ustaz tentang sirah teladan teragung Rasulullah s.a.w. Antara pengajaran yang boleh diambil dan dipraktikkan adalah sifat berdikari dan sabar nabi serta pengorbanan baginda dalam berdakwah. Baginda yatim piatu pada usia yang sangat muda dan hidup berdikari dengan melakukan pelbagai pekerjaan seperti mengembala kambing dan berniaga ke Syam mengikuti bapa saudaranya.
Selepas ceramah, para pelajar berbuka puasa bersama-sama sambil menikmati tayangan video tentang peperang an yang berlaku sekitar Ramadhan pada zaman nabi s.a.w dan para sahabat. Ramai pejuang-pejuang seperti Khalid Al-Walid, Bilal bin Rabbah, Salehuddin Al-Ayubi dan banyak lagi telah diperkenalkan dalam video tersebut.
Kesimpulannya, ceramah perdana seperti ini sangat perlu diadakan untuk menghidupkan hati-hati bagi memanfaatkan Ramadhan semaksimum mungkin. Ceramah ini juga mengeratkan silaturrahim antara para pelajar dan menceriakan suasana dur thani dalam Ramdhan kali ini setelah sekian lama tidak bersua kerana masing-masing sibuk menyediakan diri untuk dur thani.
Laporan disediakan oleh,
Ajk Jawantankuasa Ihya' Ramadhan 2010
Video Battle of Ramadhan :
0 Comment