Rabu, Tir ‘ah : Sewaktu belajar, Imam Syafie tulis ilmu guna air liur. Kemudian gurunya bertanya : kenapa kamu tulis guna air liur ? bukankah selepas itu ianya akan hilang ? maka jawab imam syafie : saya menghafal ilmu yang ditulis ini sebelum sempat ianya hilang daripada kertas ini.
Begitulah perjuangan seorang imam mujtahid dalam menuntut ilmu. Bukan senang dan penuh dengan cabaran yang tidak diketahui kesudahannya. Bagi mereka, syurga itu sajalah tempat beristirehat dan bumi ini tidak menyediakan ruang kosong untuk bersuka ria dalam jangka masa panjang. Mungkin teladan ini boleh dipegang bagi pejuang ilmu di bumi anbiyak yang cenderung kepada persepsi menunggu daripada memikir untuk mencari kerja ketika tibanya waktu lapang.
Program Ihyak Ramadan anjuran PERUBATAN Cawangan Mansurah sekali lagi telah menganjurkan kuliah mingguan bertajuk Fiqah Puasa yang mana telah dibentangkan oleh Ustaz Zahimie b Mohd Dzahid, mahasiswa tahun 4 kuliah Bahasa Arab, Universiti Al – Azhar cawangan Mansurah.
Dengan berpandukan kertas kerja ringkasan daripada Fiqah Manhaji, segala permasalah dan fiqah berkaitan dengan puasa telah merungkai satu demi satu persoalan yang ditujukan oleh para peserta. Walaupun begitu, kesuntukan masa bagi memberi ruang untuk waktu berbuka menghadkan beberapa persoalan sahaja untuk diutarakan.
Selepas daripada itu, sempena hari kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini, hadirin dewan telah dipaparkan dengan satu dokumentari yang memenangi Most Outstanding Human Rights Film tahun 2007 yang mana mengisarkan sejarah Tanah Melayu di zaman perjuangan kemerdekaan. Filem itu diberi nama 10 tahun sebelum merdeka oleh Fahmi Reza. Walaupun begitu, hanya 1 bahagian sahaja sempat dipaparkan kerana kesuntukan masa untuk berbuka.
Dengan berakhirnya paparan video, maka berakhirlah program seterusnya juadah berbuka mengambil ruang. Kesemua hadirin dibekalkan dengan sebungkus nasi dan ayam masak merah.
Program 25 Ogos ini membuka minda mahasiswa dalam menerapkan nilai – nilai Islam dalam kehidupan mereka. Tidak ketinggalan juga, walaupun masih digelar mahasiswa, tugas mereka bukanlah sekadar di dalam bilik kuliah, malah ianya mempunyai skop yang lebih luas berbanding itu yang mana boleh disebut sebagai perjuangan menuntut kemerdekaan diri, keluarga, rakan dan umat Islam daripada cengkaman nafsu, penjajah negara, penjajah minda, dan segala keseronokan yang membantutkan pembangunan fikiran cerdik mereka.
Disediakan oleh,
Setiausaha Ihyak Ramadan PCM 09/10
August 28, 2010 at 1:32 PM
assalamualaikum..maaf sekadar ingin bertanya mengenai kisah Imam Syafie tulis guna air liur, x silap ana ustaz cerita Imam Syafie tulis hadits y diajarkan Imam Malik gunakn air liur & lidi kmudian tulis diatas tangan. sebelum air liur tu kering, Imam Syafi'e da hafal dah. betul tak? afwan ig salah..
September 15, 2010 at 11:19 AM
Syukran di atas pembetulan
Kami akan selidiki