Laporan : SINAR ‘10


Satu program Taklimat Akademik dan Forum telah diadakan pada 23 September 2010 bersamaan hari Khamis bertempat di Dewan Handousah Fakulti Perubatan Universiti Mansurah. Objektif program adalah untuk memberi pendedahan awal tentang sistem pembelajaran mengikut bidang masing-masing iaitu Mansoura – Manchester Programme, Pergigian dan Farmasi.Majlis bermula pada jam 1.45 petang dan telah dipengerusikan oleh saudari Afifah binti Ahmad. Seterusnya bacaan doa oleh saudara Abu Ubaidah bin Mustapa Kamal. Dewan Handousah turut bergema dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ serta lagu tema PSMB yang berjudul ‘Satu Hati’.Majlis diteruskan dengan ucapan dari Pengarah PSMB 10/11, diikuti ucapan dari wakil Universiti Mansurah serta ucapan dari wakil agensi GMN .

Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ketika majlis hendak diteruskan ke sesi akademik, tiba-tiba keadaan dewan menjadi tegang seketika disebabkan berlakunya sedikit pertindihan maklumat menyebabkan sebahagian besar pelajar mula meninggalkan dewan. Namun kekecohan yang berlaku dapat ditangani secara professional oleh para ajk pelaksana. Majlis tetap diteruskan dengan agenda seterusnya iaitu Forum Akademik meskipun bilangan peserta yang tinggal hanya 9 orang.

Pelbagai input dapat diambil hasil daripada forum ini yang menampilkan barisan ahli panel yang tidak asing lagi di kalangan pelajar perubatan Malaysia di bumi Mesir ini. Mereka terdiri daripada mahasiswa yang berkaliber iaitu saudara Azhan b. Hamdan yang merupakan pelajar perubatan tahun 5 yang juga memegang jawatan sebagai Pengerusi PERUBATAN CAWANGAN TANTA (PCT), saudari Qatrunnada bt. Mohamad Farid, pelajar semester 9 Manchester Programme serta saudara Muhammad Izzat b. Md Kamal yang juga memegang jawatan selaku Pengarah JAKSI PERUBATAN Cawangan Mansurah. Forum yang bertajuk ‘ Mahasiswa Berkarisma’ ini telah dipengerusikan oleh suadari Syamilah bt. Mohamad.

Majlis ditangguhkan seketika untuk memberi laluan kepada waktu solat Asar. Pada jam 5 petang, slot penerangan akademik Manchester Medical Programme mengambil alih dan disampaikan oleh saudari Mirriam bt. Azizi serta dibantu oleh saudara Muhammad Fakhrurazi b. Muhammad Idris.

Majlis berakhir pada jam 6 petang dan disudahi dengan bacaan doa penutup oleh saudara Mohammad Rafiq b. Abdul Hir. Diharap semoga dengan terlaksananya program sebegini dapat membuka mata pelajar baru dan memberi gambaran awal kepada mereka mengenai sistem pembelajaran dan cara kehidupan di Mesir. Semoga mereka dapat menanamkan azam datang ke Mesir dengan harapan dan pulang dengan kejayaan.

klik untuk ke Galeri SINAR '10

Disediakan oleh,

Raja Khairunnisa Aqilah Bt Raja Mohd Naguib

Tags: ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment