Saya dikelilingi sahabat-sahabat yang pelik.
Mereka sangat mengambil berat tentang urusan rakan-rakan mereka yang lain.Mereka sangat bermotivasi menolong rakan-rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Kalau ada akhawat yang mahukan beras mereka sanggup memikul beras yang 25 kilo itu walaupun rumah akhawat itu di tingkat lima imarah yang tidak mempunyai lif.Walaupun mungkin di rumah mereka sendiri hanya Indo Mee perisa sayuran sahaja yang menjadi pelapik perut.
Kalau ada pelajar yang baru pulang bercuti dari Malaysia mereka sanggup menjemput mereka di lapangan terbang sehingga sakit belakang mereka kerana duduk selama 4 jam di dalam tremco ammu Magdi pergi dan balik.Bahkan mungkin mereka tidak pernah kenal pun pelajar yang mereka jemput itu.Mereka tidak kisah siapa pun orang itu kerana yang penting bagi mereka ialah mereka mesti tolong orang yang dalam kesusahan.
Yang terbaru,mereka sanggup untuk menjadi musyrif untuk adik-adik baru yang akan sampai ke Mansurah pertengahan September ini untuk program PSMB 2010 PCM.
Rela menjadi musyrif bermaksud rela meluangkan masa dua tiga jam menemani adik-adik ke sikah atau awadallah.
Rela menjadi musyrif bermaksud rela memasak untuk adik-adik atau menjemput adik-adik makan di rumah memandangkan adik-adik belum cekap lagi bermain dengan kuali dan periuk.
Rela menjadi musyrif bermaksud sudi mengajak adik-adik membuat perkara-perkara baik dan menasihati adik-adik supaya menjauhi perkara-perkara mungkar dengan penuh kasih sayang sebagai seorang abang dan seorang muslim.
Senang kata rela menjadi musyrif bermaksud rela mengorbankan kepentingan mereka sendiri untuk adik-adik baru mereka.
Sungguh pelik mereka ini.
Agaknya inilah yang disabdakan oleh Nabi SAW,
”Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”riwayat Bukhari dan Muslim.
Agak-agaknya hadis inilah yang mereka pegang sebagai motivasi sehingga segala kesusahan yang mereka hadapi untuk kepentingan saudaranya nampak ringan di mata mereka.
Atau mungkin juga mereka berpegang dengan hadis ini,
“Sesiapa yang melepaskan bagi seorang mukmin satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia,Allah akan melepaskan baginya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan pada hari kiamat nanti.”hadis riwayat Muslim.
MEREKA YANG PELIK.
Boleh jadi juga mereka berpegang dengan hadis ini kerana hati kecil mereka yakin Allah akan sentiasa menolong mereka sebagaimana mereka telah menolong orang lain.Sabda Nabi SAW,
“Allah akan sentiasa menolong seorang hamba itu selama mana dia menolong saudaranya yang lain.”hadis riwayat Muslim.
Saya tidak pasti hadis atau ayat suci al Quran mana yang menjadi pegangan mereka.Yang saya pasti mereka sanggup bersusah-payah untuk orang lain.
Hati saya berputik cinta terhadap mereka ini.Kalau di akhirat nanti mereka dikumpulkan bersama orang-orang soleh disebabkan amalan soleh mereka ini,maka saya berdoa agar Allah turut mengumpulkan saya bersama mereka.
Semoga Allah menolong mereka yang pelik ini di dunia dan di akhirat nanti.Amin.
Selamat berPSMB.
Sahabatmu yang pelik namun kagum denganmu,
nabil.
September 17, 2010 at 1:05 AM
Wah!best dan menarik.
September 17, 2010 at 1:33 AM
insyAllah lebih ramai y berperangai 'pelik' begini..
saya personally turut mengagumi mereka2 y berperangai 'pelik' ini,terharu akan kesanggupan meluangkan masa dan tenaga, dan sifat 'gentleman' yg sgt 'melampau'..masyaAllah semoga Allah merahmati mereka, mengurniakan mereka ganjaran y setimpal dan dipermudahkan segala urusan mereka sebagaiman mereka memudahkan urusan saudara mereka y lain..amin~
September 17, 2010 at 6:50 AM
Artikel yg menarik ...
pelik ..
^^,
May Allah bless 'em all ...
jom 'pelik' sama2 ...
September 17, 2010 at 4:53 PM
may Allah help n bless them all..
thumbs uo to en.nabil for the awesome artikel..
sahut seruan nada..jom 'pelik' sama2..
September 20, 2010 at 7:22 AM
pelik tapi benar.smart.
October 14, 2010 at 7:38 PM
fatuba li al-ghuraba'!
menarik dan mampu membuat diri bermuhasabah. the hadiths are inspiring. tahniah dan terima kasih kpd penulis.
-from cairo-