UNTUK ADIK-ADIK BARU KAMI.


Abang kakak di bumi Mansurah sekarang ini sedang menikmati suasana yang sangat mereka rindui.

Suasana ini hanya akan muncul sekali setahun sahaja.Iaitu semasa abang kakak menerima kedatangan adik-adik baru mereka bulan September setiap tahun sempena PSMB.

Pada masa inilah abang kakak di Mansurah ini dapat melepaskan rindu mereka kepada adik-beradik kandung mereka di Malaysia yang sudah bertahun-tahun mereka tidak jumpa.Mereka menganggap adik-adik yang baru sampai ini seperti adik-beradik kandung mereka di Malaysia.

Abang kakak sangat terhibur dengan telatah adik-adik baru mereka.Adik-adik baru pula sungguh mesra dengan abang kakak mereka.

Mesra sungguh adik-adik baru ini dengan abang kakak mereka.Hampir semua benda yang ada di tepi jalan itu mereka akan tanya abang kakak mereka.Setiap dua minit sekali akan muncul satu soalan daripada mulut adik-adik baru ini.Namun abang kakak mereka tetap melayan mereka tanpa jemu.

“Kakak,yang macam lembu itu binatang apa ya?”tanya seorang adik baru.

“Oh,yang itu namanya himar dik.”jawab kakaknya dengan wajah yang tenang.

“Akak,yang itu pula kedai apa?”tanya adik baru yang lain 20 saat selepas itu.

“Oh,yang itu kedai to'miah dan kusyari sayang.”jawab kakaknya tanpa jemu.

Mesra sungguh adik-adik baru ini dengan abang kakak mereka.Kalau ada apa-apa kemusykilan mereka akan segera dapatkan pandangan abang kakak mereka.

“Abang,bolehkah abang jelaskan kepada saya apakah perbezaan antara mee Maggi dan Indo mee?Mana satukah yang lebih sedap?”

“Akak,nanti kami akan belajar guna buku teks yang universiti bagi kan?”

“Abang,mana satu yang lebih murah,Ittisalat atau Vodafone?”

Si abang dan kakak akan menjelaskan semua persoalan adik-adik baru mereka ini.Semata-mata mahukan yang terbaik untuk adik-adik baru mereka.

Mesra sungguh adik-adik baru ini dengan abang kakak mereka.Kalau ada apa-apa permintaan mereka akan minta daripada abang kakak mereka.

“Akak,boleh tak kami nak pinjam batu lesung rumah akak?Kami lupa nak bawa dari Malaysia.”

“Bang,abang ada tak buku-buku semasa abang tahun satu dahulu?”

“Akak,rumah kami belum ada internet lagi.Bolehkah kami guna internet rumah akak untuk telefon keluarga kami di Malaysia?”

Kami abang-abang dan kakak-kakak semua tidak pernah jemu melayan permintaan kamu dik.Walaupun ada yang berpesan supaya jangan dekati kami abang kakak di Mansurah ini.Mungkin kerana kami belajar tidak pandai seperti orang lain.Atau mungkin juga kerana rupa kami yang tidak hensem dan tidak cantik seperti Nabi Yusof dan Zulaikha.

Kami tidak kisah semua itu dik.

Kami lakukan semua ini kerana kami faham kesedihan kamu berjauhan beribu-ribu batu daripada keluarga.Kerana kami tahu kesukaran kamu semasa mula-mula menjejakkan kaki ke bumi yang sangat asing ini.Kami faham bagaimana perasaaan kamu.Kerana kami abang kakak dahulu pun pernah menjadi adik-adik baru seperti kamu.

Sebab itu kami pekakkan telinga kami mendengar segala tohmahan yang dilemparkan kepada kami.Kerana yang lebih penting bagi kami ialah kita semua dapat hidup tolong-menolong sepanjang kita menumpang di bumi Mansurah ini.Bermula dari program PSMB ini sehingga kita semua tamat belajar selama 6 tahun nanti.

Insya Allah.

Kami menghulurkan tangan kami menyambut kedatanganmu dik.

Daripada,
abang kakakmu.

Disediakan oleh,
Unit Penerangan dan Penerbitan,
PSMB 2010,
PCM.
Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

1 Comment

  1. terharu dengan pengorbanan "abang" dan "kakak" di Mansurah..

    tidak dinafikan..saya sebagai seorang yang pernah menempuh alam "junior" dapat merasakan tautan @ wujudnya ikatan yang istimewa antara saya dah "senior2" ketika baru saja sampai di bumi Mansurah..

    jasa kalian hanya Allah saja yg mampu membalasnya..

    kepada adik2 baru... anggaplah "akak2" dan "abang2" di Mansurah ini sbg adik beradik kandung kalian..luahkanlah jika ade masalah yg terpendam... insyaAllah "kami" sedia membantu.. =)

Post a Comment