KENYATAAN RASMI PEMBATALAN PROGRAM MESRA '10

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Merujuk kepada program MESRA’10 yang dibatalkan secara tiba-tiba semalam,saya dengan ini tampil untuk memberi penjelasan berkenaan perkara tersebut.

Untuk pengetahuan semua, pihak jawatankuasa PSMB(Program Sambutan Mahasiswa Baru) telah merancang program MESRA’10 ini sebulan yang lalu dan dimasukkan sebagai salah satu program sempena majlis penutup PSMB.

Program ini telah dijadualkan untuk diadakan pada hari Sabtu 16 Oktober 2010 bermula pada pukul 5 petang sehingga 10 malam.

Penjelasan sebab-sebab program dibatalkan.

Dengan ini saya ingin menjelaskan sebab-sebab program ini dibatalkan.

1.K ami tidak mendapat makluman awal berkenaan dengan program yang diadakan pada jam 3 hingga 5 petang.Kami hanya mendapat maklumat berkenaan program tersebut pada malam sebelum program berlangsung.Untuk makluman semua,program yang diadakan pada jam 3 hingga 5 petang ini bukan anjuran PSMB PCM.

2.Kami tidak mahu membebankan mahasiswa-mahasiswi baru untuk menghadiri program yang bermula dari jam 3 hingga 5 petang dan bersambung pula dengan program MESRA’10 yang bermula pada pukul 5 hingga 10 malam.Dibimbangi situasi ini akan meletihkan mahasiswa mahasiswi baru.

3.Kami ingin mengelakkan berlakunya sebarang pertembungan program dalam masa yang sama ingin menjaga kesatuan antara mahasiswa mahasiswi Mansurah dan mewujudkan suasana harmoni.

Penutup.

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan kepada semua AJK pelaksana program MESRA’10,fasilitator-fasilitator,serta mahasiswa mahasiswi baru semua atas kesulitan yang berlaku.

Kami berharap dengan penjelasan ini dapat meleraikan segala kekeliruan dan persoalan yang timbul dalam kalangan fasilitator dan mahasiswa mahasiswi baru semua.

‘ILMUAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI’

‘AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH’

Yang benar,

MUHAMMAD IKRAM BIN ISHAK

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2009/2010

Tags: ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment