Tutorial Tahun Tiga: Sambutan Memberangsangkan!

5 November , Mansurah- Petang jumaat ini menyaksikan hampir 50 pelajar tahun tiga berkumpul di Darul Rahmah semata-mata untuk mengutip mutiara ilmu yang ingin dikongsi bersama senior mereka.

Kelas tutorial Pathology telah berjaya dilangsungkan untuk para pelajara tahun 3 Konvensional dengan Saudara Tuan Mohd Mas ‘Ain Tuan Azmi dari tahun empat konvensional telah ditugaskan oleh pihak Jawatankuasa Khas Tutorial untuk menjadi tenaga pengajar.

Rata-rata pelajar tahun tiga yang ditemui pihak media amat berpuas hati dengan inisiatif yang diambil unit Akedemik PCM untuk membantu adik-adik junior.

Selain dapat menjimatkan wang yang agak banyak semata-mata untuk menghadiri kelas tambahan dari luar, mereka mengakui kelas tutorial ini juga membantu untuk lebih dekat dan mengenali senior .

Kelas Tutorial ini telah masuk minggu kedua selepas kelas Tutorial Pharmacology yang telah diadakan pada minggu lepas. Setakat ini,kelas tutorial tersebut diadakan pada hari Khamis dan Jumaat bermula jam 3.30 petang.

Menurut Pengarah Jawatankuasa khas kelas Tutorial, Saudara Mohd Asyraf Shahabuddin, beliau amat berpuas hati dengan sambutan yang memberangsangkan dari adik-adik tahun tiga. Beliau berharap program khas ini yang bernaung di bawah Unit Akedemik PCM mampu menjadi satu platform bagi senior untuk berkongsi ilmu pengetahuan.

Beliau menzahirkan keyakinan bahawa kelas tutorial ini akan disertai lebih ramai pelajar apabila PCM berpindah ke dewan baru yang lebih luas dan selesa. Saudara Asyraf menyatakan kemungkinan kelas tutorial untuk tahun dua dan satu akan turut diadakan sedikit masa lagi.

Liputan Oleh: Fattah Hamzah

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment