10 jam yang bermakna


3 Disember 2010, Mansurah – Sepuluh jam! Hampir tidak percaya, namun lebih kurang begitulah masa yang diperuntukkan oleh ahli PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) untuk bermesyuarat. Ternyata hari Jumaat yang membawa berkat menyaksikan hampir dua ratus lima puluh mahasiswa/wi Mansurah bergerak ke Dewan Baru PCM untuk menghadiri Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) keempat PCM. Seawal 6.30 pagi, kelihatan kelibat Ahli jawatankuasa pelaksana sudahpun menunggu, dan kaunter pendaftaran juga kelihatan lancar menjalankan tugas, walau kaunter di sebelah lelaki agak lengang kerana kebanyakannya hadir lewat.


Majlis yang berlangsung tepat jam 8 pagi diteruskan dengan ucapan daripada pengarah MTC ke-4, Mohammad Iskandar Sa'uadi , diikuti Pengerusi PCM 09/10, Muhammad Ikram Ishak, kemudian wakil dari PERUBATAN yang sekaligus merasmikan majlis iaitu Syafiq Hamdani, Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan. Beliau turut menyampaikan salam dari Presiden PERUBATAN, Muhammad Husaini Salleh yang tidak dapat hadir.


Sidang perbahasan usul yang sememangnya ditunggu-tunggu diadakan selepas solat Jumaat. Daripada tiga usul yang diterima, satu usul ditarik balik oleh pembawanya, Muhammad Abu Ubaidah Mustapa Kamal, manakala satu usul diterima dan satu lagi ditolak. Kesungguhan ahli PCM berhujah sama ada menyokong mahupun membangkang usul membawa makna yang cukup besar bahawa sikap cakna persatuan semakin mendapat tempat dalam diri mahasiswa, dan ini sememangnya membawa impak positif akan hala tuju PCM pada masa hadapan.


Majlis yang dijangka tamat pada pukul 5.30 petang agak tersasar jauh, namun ahli PCM kebanyakannya melahirkan rasa puas hati dengan perjalanan MTC pada tahun ini, terutama dari segi ketegasan Pengerusi sidang, Ammar Abd Khalil dalam mengawal waktu. Anjakan masa tambahan sebanyak setengah jam untuk sesi cadangan dan muhasabah juga digunakan sebaiknya oleh ahli yang melahirkan sebanyak 65 idea-idea baru serta muhasabah untuk memastikan PCM lebih segar dan ahli juga dapat menerima pembawakan sesi baru nanti. Mesyuarat diakhiri dengan pengumuman calon yang menang dalam pilihanraya oleh Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Cawangan (JPC) Mansurah, Ahmad Muaz Kamalul Sahar, diikuti bacaan ikrar oleh barisan pimpinan baru PCM sesi 2010/2011. Syabas diucapkan kepada semua, baik pimpinan mahupun ahli PCM!



Usul:

1) Memperkasa identiti PCM untuk semua – Nurul ‘Adilah bt Shuhardi (diterima)

2) Menggesa PERUBATAN pusat mengubah nama persatuan PERUBATAN dengan nama yang dilihat lebih menyeluruh kepada mahasiswa/wi perubatan, pergigian, dan farmasi – Muhammad Abu Ubaidah b. Mustapa Kamal (ditarik dan akan dibawa ke Masyuarat Agung Tahunan PERUBATAN)

3) Mansoura Manchester Medical Community (MMMC) tidak lagi bernaung di bawah PERUBATAN Cawangan Mansurah – Muhammar Amin b. Abd Yassin (ditolak)



Barisan Pimpinan PERUBATAN Cawangan Mansurah sesi 2010/2011

Pengerusi : Ahmad Azizi Mat Jusoh

Timbalan Pengerusi 1: Muhammad Abu Ubaidah Mustapa Kamal

Timbalan Pengerusi 2: Qatrunnada Mohd Farid

Setiausaha: Muhammad Hanif Mahamud

Timbalan Setiausaha: Nik NurFariha Mohamed Zalami

Bendahari: Mohd Rafiq Abd Hir

Timbalan Bendahari: ‘Azimah Zahari


Unit Akademik: Mohammad Iskandar b. Sa'uadi, Nurul Afifah bt Alias

Unit Pembangunan Insan: Muhamad Arif b. Mamat Nor, Nurul 'Adilah Shuhardi

Unit Kebajikan: Mohamed Nasarudeen b Abdul Hamed, Nurul Fadhilla Amni bt Raidi

Unit Ekonomi: Mohd Aliffitri b Alias, Fatimah bt Mohd Fauzi

Unit Sukan Dan Aktiviti Luar: Ahmad Sahli Mahzuz b Ismail, Wan Syaida bt Wan Zakhry

Unit Penerbitan Dan Penerangan: Muhammad Zaki b Zainal Abidin, Farah Hamizah bt Kamran

Unit Perumahan: Wan Mohamed Hanif b Wan Osman, Najwa bt Mohamad Hamdan



Identiti yang bakal dibawa: KESATUAN PROFESIONAL BERKEBAJIKAN


Gambar sekitar MTC akan diupload di Facebook PCM secepat mungkin

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

1 Comment

  1. sampai 10 jam? wah kagum. tahniah kalian.

    atiqah hanifah
    tahun 3 universiti kaherah

Post a Comment