Proses Akredetasi Kepada Universiti Mansurah

Akredetasi adalah satu langkah yang diambil oleh pihak universiti untuk mendapat pengiktirafan (accreditation) dari pihak tertentu antaranya National Acedemic Reference Standard (NARS) dan juga Continuous Improvement and Qualifying for Accredetation Project (CIQAP).

Anda perlu ambil tahu

Setiap mahasiswa/i mansurah yang berlajar di Universiti Mansurah perlu mengambil tahu hal ini kerana kita sebagai pelajar yang berlajar di sini juga memainkan peranan penting dalam menjayakan proses akredetasi yang cuba pihak universiti lakukan.

Peripentingnya akredetasi

- Sijil yang berasal dari Universiti Mansurah akan mendapat lebih perhatian berbanding universiti yang tidak diakredetasi. Dalam skop kita yang belajar bidang perubatan /pergigian/farmasi di sini, sijil ijazah kita nanti akan dipandang tinggi oleh pihak berkenaan di Malaysia.

- Universiti Mansurah akan mendapat dana kewangan yang banyak dan ini bermaksud, dengan tahap kewangan yang baik, lebih banyak kemudahan dan infrastruktur yang akan ditambah dari semasa ke semasa.

- Pihak universiti diberi prioriti dalam menguruskan pentadbiran mereka tanpa campur tangan kerajaan Mesir. Kadar jumlah kemasukan pelajar juga akan dikawal, ini kerana sehingga hari ini, pihak universiti masih lagi menerima 1000 orang pelajar Mesir setiap tahun atas arahan kerajaan Mesir dan pelajar-pelajar ini belajar secara percuma.

- Universiti Mansurah akan seiring dengan universiti-universiti yang sudah diakredetasi. Selepas mendapat pengiktirafan akredetasi di peringkat nasional, penilaian akredetasi di peringkat antarabangsa juga akan lebih mudah.

- Kualiti dalam setiap perkara akan sentiasa dititikberatkan. Pembelajaran, infrastruktur dan khidmat staf juga akan sentiasa dipertingkatkan.

Ini antara faedah-faedah yang akan diperolehi sekiranya Universiti Mansurah diakredetasikan.

Peranan Mahasiswa/i Mansurah

Penilaian secara rawak akan dilakukan oleh kedua-dua pihak ini (NARS dan CIQAP) dari 25 hingga 30 Disember 2010 dengan memilih mahasiswa/i yang ke kuliah dan bertanyakan soalan-soalan yang memberi kesan pada akredetasi tersebut.

Maka, peranan kita hanya cukup sekadar tidak menyatakan keburukan/kelemahan pihak universiti dan kita hendaklah menyatakan perubahan dan pembaikan yang dilakukan oleh pihak universiti dalam tempoh beberapa tahun ini.

Contoh soalan yang akan ditanyakan:

- How did you enter faculty of medicine in Mansoura University?

· I enter this faculty because of cooperative management between Ministry of Higher Education of Malaysia with Ministry of Higher Education of Egypt.

- Quality of information provided to students about their progress and any information which may need to futher study

· We got all the information regarding our study from the Orientation Day that been held by International Students Affair at the very beginning of our study which was in our first year.

- Activities and facilities, are they actually use?

· Yes, it are fully used by students for sports and committee programmes

· Recently, there are quite a number of facilities that been added after demanded by students and to cope with huge number of students.

- Complaint and suggestion, how the college deal with it?

· Good, they carefully listen to it and take action after that.

- How they play the role of provision of healthcare and emergency situations?

· Students’ Hospital nowadays is free of charge and they welcoming students to get any treatments at any time.

- Ensure the effectiveness of self-learning methods, encourage innovation and adaptation

· Presentation by the students assessment in term of short essay or completing diagrams in the log book, trip work to rural areas.

· Private class outside is prohibited.

· Skill lab is available to practice in real-situation stimulator.

- Role of institution in promoting and sponsoring outstanding students and student who are stumbling.

· Outstanding students is greatly promoted that university gave certificate and medal to them.

· Stumbling students is not discriminate between them and other colleagues by giving special lesson for them to catch up with others.

Pesanan untuk mahasiswa/i mansurah

Jawapan anda menentukan kesan akredetasi ini. Perlu diingat, ini bukan masanya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak universiti. Pihak akredetasi ini datang bukan untuk mendengar masalah dan aduan, tetapi hendak melihat sejauh mana pelajar kuliah perubatan cakna akan perubahan yang cuba universiti lakukan.

Maka, jika soalan yang ditanya tidak mampu anda jawab, cukup sekadar menyatakan pihak universiti sudah mendengar masalah ini dan sedang membuat sesuatu untuk itu.

Jawapan anda juga hendaklah berkisar mengenai kualiti, misi dan visi yang cuba pihak universiti ketengahkan dalam perubahan yang dilakukan.


Disediakan oleh: Unit Akademik PCM 10/11

Tags: , , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment