
ETIKA PENGGUNAAN ASET
PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH (PCM)
- Semua aset PCM disimpan di Darul Rahmah dan berada di bawah tanggungjawab Jabatan Bendahari PCM 2010/11.
- Semua aset adalah seperti yang dilampirkan dan akan diperbaharui dari semasa ke semasa. Kategori aset adalah seperti berikut:
a) Alatan Majlis c) Alatan Sukan
b) Alatan Jamuan d) Alatan Khas
- Semua ahli PCM berhak meminjam aset yang ada.
- Peminjaman boleh dibuat secara individu atau di bawah mana-mana program PCM.
- Semua peminjaman akan diluluskan jika mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan setelah mengisi buku rekod peminjaman yang disediakan. Para peminjam boleh mendapatkan buku tersebut daripada Jabatan Bendahari.
- Para peminjam tidak dibenarkan sama sekali mengambil aset PCM di luar pengetahuan Jabatan Bendahari bagi mengelak timbulnya sebarang masalah dan kehilangan aset.
- Unit-unit lain yang membeli sebarang barang semasa pelaksanaan mana-mana program anjuran PCM dengan menggunakan duit PCM, secara automatiknya barangan tersebut menjadi aset PCM.
- Pengumpulan barang sejurus selepas selesai mana-mana program amatlah diharapkan untuk mengelakkan sebarang kehilangan aset PCM.
- Sebarang kerosakan atau kehilangan aset PCM hendaklah diganti dan di bawah tanggungjawab individu atau program yang berkenaan.
MOHAMMAD RAFIQ BIN ABDUL HIR
Bendahari
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2010/2011
Email : afiqk_ra010@yahoo.com
No. Tel : 011-2768512
AZIMAH ZAHARI HASSAN
Timbalan Bendahari
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2010/2011
Email : azimah_zahari@yahoo.com
No. Tel. : 011-4455725
Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati
AT TAQWA, AS SYIFA', AR RAHMAH
*Sila rujuk Warta Aset PERUBATAN Cawangan Mansurah
0 Comment