Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia : Pendaftaran Pelajar Secara Online


21 Februari 2011 :

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengambil beberapa langkah dalam usaha mengumpul data dan butiran para pelajar Malaysia yang telah pulang dari Mesir baru-baru ini. Hal ini bertujuan bagi menyelaraskan proses kepulangan mereka ke Mesir untuk menyambung pengajian semula di sana. Melalui sistem online, para pelajar Malaysia diminta mendaftar di alamat http://jpt.mohe.gov.my/mesir/

Cara-cara mendaftar :
1) Isikan nombor kad pengenalan, email dan nombor telefon.
2) Selepas mendaftar, kata laluan akan dihantar melalui email masing-masing.
3) Kemudian, butiran dan maklumat boleh dikemaskini.

Kementerian Pengajian Tinggi juga telah menyedia Talian KPT/MOHE Careline pada nombor 1-800-88-6365 untuk sebarang pertanyaan. Talian ini dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Mereka juga boleh menghantar sms kepada 014-7151556 atau email pelajarmesir@mohe.gov.my.

(*dipetik daripada : Kenyataan Akhabar Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin- PENDAFTARAN PELAJAR MESIR YANG PULANG KE MALAYSIA )

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment