[EM]- Peraturan & Hari Bertemu Pelanggan Di Dewan Abbasiah


(Klik pada rajah untuk paparan yang lebih jelas)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sukacita dimaklumkan, Education Malaysia telah menetapkan Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Malaysia Abbasiah adalah pada hari Ahad, Isnin dan Rabu. Pelaksanaan ini mula berkuatkuasa pada 1 April 2011.

2. Sehubungan dengan itu, EM memohon kerjasama semua pegawai supaya memanjangkan makluman ini kepada yang berkenaan.

3. Kerjasama tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

ZULKIFLI BIN DIN

Education Attache

For The Director

Education Malaysia Egypt

+202 3761 0013/19/68/73 EXT:125



PERATURAN BERURUSAN EDUCATION MALAYSIA EGYPT

1. Berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan.

2. Bertali leher bagi pelajar lelaki (digalakkan).

3. Menampakkan keseluruhan wajah (membuka penutup muka) bagi pelajar perempuan.

4. Memakai kasut (menutup tumit) dan baju berkolar. Baju T tanpa kolar adalah dilarang.

5. Memohon kebenaran masuk daripada pegawai. Jika pegawai sedang berurusan sila tunggu di luar pintu.

6. Mempamerkan kad EME kepada pegawai, jika diminta berbuat demikian.

7. Membuat urusan persendirian sahaja. Mewakilkan kepada orang lain adalah TIDAK DIBENARKAN.

8. Setiap pengesahan dokumen hendaklah disertakan bersama dokumen asal.

9. Mematuhi peraturan Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah yang sedang berkuat kuasa.

HARI BERTEMU PELANGGAN

WAKTU 9.00 pagi – 2.30 petang

HARI Ahad, Isnin, Rabu

TEMPAT Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah atau EME (Cawangan Iskandariah)


Tarikh berkuat kuasa:

1 April 2011



Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment