Pelajar Mansurah Hargai Kesungguhan Kerajaan Negeri Perak

Mansurah, 16 Mac 2011 - Satu pertemuan ramah mesra antara Delegasi Kerajaan Negeri Perak dengan mahasiswa yang menuntut di Mansurah telah diadakan di Global Medic Network Academic Centre.

Seramai hampir 40 orang mahasiswa dan mahasiswi telah memeriahkan majlis ini dan turut hadir mahasiswa Perak yang menuntut di Universiti Zaqaziq.


Turut bersama delegasi ini ialah YB Dato' Mohammad Zahir Bin Dato' Abdul Khalid, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains Dan Teknologi Negeri Perak,
ADUN Trong YB Datuk Haji Rosli Bin Husin dan pegawai-pegawai kerjaan negeri Perak daripada Malaysia serta Mesir.

Delegasi ini telah tiba ke Mesir bersama-sama dengan rombongan penghantaran semula pelajar-pelajar Perak di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Perak.


Selain untuk beramah-mesra, kunjungan ini turut bertujuan untuk menyampaikan wang saku kepada mahasiswa Mansurah bagi meringankan beban mereka yang terlibat dalam Ops Piramid baru-baru ini. Sumbangan wang saku ini telah disampaikan sendiri oleh YB Dato' Mohammad Zahir Bin Dato' Abdul Khalid.


Rata-rata mahasiswa menyatakan rasa syukur dan penghargaan mereka atas kesungguhan pihak kerajaan negeri kerana sudi mengunjungi mereka di Mansurah bagi menyelami sendiri kehidupan mahasiswa Perak di Mesir pasca-revolusi.

Malah, mereka turut terharu atas rasa tanggungjawab pihak kerajaan negeri terhadap kebajikan warga negeri Perak dengan sumbangan yang sedikit-sebanyak dapat meringankan beban untuk hidup di Mesir ini.

Majlis ini telah bermula kira-kira pada 8.15 malam dan diakhiri dengan sesi jamuan.

Disediakan Oleh :
Azrul Azly Zarul Fuad
Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment