12 Mac 2011, Mansurah - Pertemuan ringkas antara wakil PERUBATAN Cawangan Mansurah dengan pihak Education Malaysia (EM) telah diadakan di rumah Abdullah Tahir pada petang sabtu lalu.
Mesyuarat khas tersebut dipengerusikan oleh Encik Khairi Jalalluddin selaku Pegawai Atase Akademik. Agenda mesyuarat banyak berkisar tentang keadaan semasa mesir. Isu utama yang dibangkitkan antaranya isu akedemik pelajar dan isu keselamatan.
PERUBATAN Cawangan Mansurah telah diwakili oleh Saudara Hanif Mahamud, setiausaha PCM dan Timbalan Pengerusi II PCM, saudari Qatrunada binti Mohamad Farid dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain.
Dalam mesyuarat tersebut, Encik Khairi Jalalluddin turut mengumumkan tentang lawatan kerja Menteri Pengajian Tinggi ke Mesir iaitu Datuk Khalid Nordin pada 16 hingga 18 Mac ini.
Pada malam 16 Mac nanti, bertempat di dewan ARMA Abasiyyah, akan diadakan sesi Ramah Mesra di antara Menteri bersama seluruh Mahasiswa Mesir, dan warga mansurah diminta untuk menghantar wakil bagi menghadiri majlis tersebut. Bilangan yang dipersetujui setakat ini masih dalam peringkat perbincangan. Maklumat lanjut akan dikeluarkan dari masa ke semasa di Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah.
Untuk persediaan awal, Encik Khairi Jalalluddin turut memohon kerjasama Mahasiswa/wi Sains Kesihatan Universiti Mansurah agar bersedia dengan soalan yang ingin diajukan kepada Menteri.
Kepada mana-mana Mahasiswa/wi yang ingin berbuat demikian boleh menghantar persoalan tersebut kepada Ketua Unit Akedemik PCM, saudara Mohammad Iskandar melalui email atau pun facebook beliau.
Mesyuarat tersebut yang mana lebih kepada sesi penerangan dari Education Malaysia telah mengambil masa kira-kira 45 minit. Sebelum bersurai, laluan diberikan untuk sesi penyerahan buku cenderamata yang sepatutnya diserahkan pada program bersama Ezam Mat Nor tempoh hari.
Disediakan Oleh:
Abdul Fattah bin Hamzah,
mediaPERUBATAN Mansurah.
0 Comment