[16 Mac 2011 – Rabu – 4.00 petang]
Penerbangan KETIGA [KLIA - Cairo] (18/3/2011) telah DITUNDA ke tarikh 20/3/2011 (Sabtu malam Ahad) pada jam 12.30 pagi (0030) kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Penerbangan [Trg - KLIA] akan dimaklumkan kemudian.
[15 Mac 2011 – Selasa – 4.57 petang]
Senarai nombor 121 hingga 248 (Waiting List) akan disediakan penerbangan lain (Penerbangan KETIGA). Anda tidak akan dimasukkan ke dalam penerbangan pertama & kedua. Maklumat berkenaan Penerbangan KETIGA akan dimaklumkan KEMUDIAN.
[15 Mac 2011 – Selasa – 4.06 petang]
Mana-mana pelajar PERUBATAN yang membuat urusan VISA melalui pihak MAIDAM, urusan tersebut telah selesai. Sila AMBIL passport anda di sana dengan SEGERA!!
[15 Mac 2011 – Selasa – 3.50 petang]
Pelajar-pelajar (seramai 100 orang) yang tersenarai bagi penerbangan KEDUA dikehendaki BERKUMPUL di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu pada jam 8.00 pagi (17 Mac 2011 – Khamis) untuk penerbangan ke KLIA yang dijangka akan bertolak pada jam 10.00 pagi.
[15 Mac 2011 – Selasa – 3.30 pagi]
Pelajar-palajar yang tersenarai bagi penerbangan PERTAMA dikehendaki BERKUMPUL di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu pada jam 7.30 malam (15 Mac 2011 – Selasa) untuk penerbangan ke KLIA yang akan bertolak pada jam 9.00 malam.
[14 Mac 2011 – Isnin – 6.15 petang]
Mana-mana pelajar yang membuat urusan VISA melalui Yayasan Terengganu, urusan tersebut telah selesai. Sila AMBIL passport anda di sana bermula pada 14 Mac 2011 (Isnin).
[13 Mac 2011 – Ahad – 4.03 petang]
Makluman kepada semua mahasiswa di bawah tajaan Yayasan Terengganu (Pengajian Islam & Perubatan) anda boleh mengambil duit pinjaman anda di Bahagian Kewangan, Pejabat Yayasan Terengganu mulai 10 Mac 2011.
[10 Mac 2011 – Khamis – 6.17 petang]
Jangan bimbang, apa-apa tajaan (kecuali MARA & JPA) sekalipun anda, tiket penerbangan anda akan ditaja juga. Yang penting anda menghantar borang maklumat pelajar kepada Yayasan Terengganu. Tunggu sahaja panggilan atau makluman daripada kami, insya-Allah. Diharap kerjasama yang terbaik daripada semua
[9 Mac 2011 – Rabu – 1.58 petang]
Semua pelajar perubatan dan pergigian Terengganu (kecuali tajaan JPA dan MARA) dikehendaki hadir ke Wisma Darul Iman pada hari Khamis (10 Mac 2011), jam 10.30 pagi untuk urusan tiket penerbangan ke Mesir. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN!!
[9 Mac 2011 – Rabu – 10.16 pagi]
PENTING : Hanya pelajar-pelajar yang telah menyerahkan atau mengembalikan borang maklumat pelajar dan mendaftarkan diri dengan Yayasan Terengganu atau MAIDAM sahaja akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri.
[8 Mac 2011 – Selasa – 3.48 petang]
Mana-mana pelajar yang beristeri/suami atau mempunyai anak-anak, sila penuhkan maklumat pada [Borang Maklumat Tanggungan] dan hantarkannya ke Pejabat Yayasan Terengganu dengan SEGERA!!
Sila muat turun boring tersebut melalui link di bawah:-
http://www.4shared.com/document/F9YV-H_x/Borang_Maklumat_Tanggungan.html
[7 Mac 2011 – Isnin – 1.30 petang]
Sila hantar SEGERA borang maklumat pelajar kepada Yayasan Terengganu untuk tempahan tiket pulang ke Mesir!!
[6 Mac 2011 – Ahad – 1.49 petang]
Bagi urusan VISA, sila sertakan GAMBAR berukuran passport yang berlatarbelakangkan warna PUTIH sahaja.
Sumber: Portal Rasmi Keluarga Penuntut Terengganu
0 Comment