[Berita] STAR Manchester

MANSURAH, 23 April 2011 – STAR Physiology Manchester di bawah kelolaan Unit Akademik PCM telah dijalankan dengan jayanya buat pertama kali bertempat di Darul Rahmah.

Tutor yang kini mempunyai nama komersial, STAR (Study dari Tunjuk Ajar Senior) telah dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh Timbalan Ketua Unit Akademik, Nurul Afifah Binti Alias. Sasaran program ialah pada pelajar semester 4 sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan mid-semester pada 26 April.

Program yang bermula dari pukul 2 hingga 5 petang ini disertai oleh 32 orang pelajar dan dimulakan dengan tunjuk ajar daripada saudara Abdul Rahman Mohamed Shukor yang menerangkan tajuk Vision, kemudian diambil alih oleh saudara Mohamed Nasarudeen Abdul Hamed untuk menerangkan pula tajuk Pain dan Descending Motor Neuron. Walaupun tenaga pengajar terdiri daripada senior Konvensional, namun perkara ini tidak menghalang mereka daripada berkongsi ilmu kerana ilmu perubatan tetap sama. Sedikit atau banyaknya ilmu seseorang itu bergantung pada insiatif individu itu sendiri yang mahukan apa yang terbaik buat diri mereka.

Setelah tamat STAR Physiology itu, rata-rata pelajar yang datang mengatakan bahawa mereka sangat berpuas hati dan berharap agar STAR ini diteruskan lagi. Insya-allah, STAR akan diadakan secara berkala mengikut keperluan dan sukatan pembelajaran mereka.

STAR Manchester akan dikembangluas lagi untuk pelajar-pelajar semester 2 dalam masa yang terdekat.


Oleh : Syahirah bt Md Tamyes

Timbalan Ketua Lajnah R&D Manchester

Unit Akademik PCM 2010/2011

Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment