Pekeliling Perumahan PCM 2010/11


Unit Perumahan 2010/11
PERUBATAN Cawangan Mansurah


PEKELILING PERUMAHAN

1. Nilai sewa rumah ahli yang belum berkahwin tidak melebihi LE 1500 atau tidak melebihi LE 300 seorang. Bagi ahli yang telah berkeluarga, nilai sewa rumah adalah mengikut kesesuaian, sebaiknya tidak melebihi LE 600.

2. Jumlah sewa yang ditetapkan di atas adalah untuk rumah yang mempunyai kemudahan asas seperti katil, tilam, almari, meja belajar, pemanas air, dan apa-apa yang dirasakan perlu bergantung kepada budi bicara tuan rumah.

3. Ketua rumah ahli perlu menyimpan surat akad penyewaan rumah yang telah diisi dengan lengkap. Satu salinan yang sama perlu disimpan oleh tuan rumah.

4. Sebarang bayaran selain sewa bulanan yang dipersetujui, bil elektrik ,bil air, dan bil gas, perlulah mendapat penjelasan tuan rumah dan bergantung kepada budi bicara penyewa (ahli PCM).

5. Setiap urusan penyewaan dan proses akad perlu merujuk Unit Perumahan PCM. AJK Unit Perumahan PCM hendaklah menyelia proses akad tersebut. Perkara ini penting bagi mengelakkan salah faham agar hak sebagai penyewa tidak diabaikan.

6. Sebarang masalah berkaitan penyewaan dan penyelenggaraan rumah boleh dirujuk kepada AJK Unit Perumahan PCM.

7. Ahli PCM hendaklah memaklumkan kepada AJK Unit Perumahan PCM
Sekiranya berpindah ke rumah lain @ meninggalkan rumah dalam jangka masa yang panjang(cnth:pulang ke Malaysia,melancong dan lain-lain)

8. AMARAN KERAS : Ikhwah tidak dibenarkan memasuki rumah akhawat tanpa sebarang tujuan yang memaksa begitu juga sebaliknya.


Sebarang permasalahan sila berhubunng kepada AJK Perumahan 2010/2011
Mahasiswa :
1)Wan Mohamad Hanif(011-7097379)
2) Mohamad Fathi Aizat(014-6806535)
3)Muaz Bin Md.Adhar(011-9163649)
4)Lokman Bin Yakob(011-9948576)
5)Muhamad Akram (011-9948651)
6)Amirul Azim Rosdi (011-7386718)
7)Muhd.Zulhazman Mokhti(011-9948637)
8)Zaidi Syauqi b.Din (011-6454606)

Mahasiswi :
1)Najwa Mohamad Hamdan (014-5654734)
2)Puteri Nursyazwani Radzin(011-9948596)
3)Nurul Izzati Nor (011-4150877)
4)Maizatul Madiyana Ashari (011-2899019)
5)Afiqah Bt.Md. Radzi (014-5654735)
6)Nurfarahin Ekram (011-6271439)
7)Ainun Nadhirah M.Razif (014-5654637)
8)Maimunah Zahrah M.Fadzil(011-3516231)


Disediakan Oleh: Unit Perumahan PCM 2010/11
Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment