Tujuan pameran ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan negara,budaya dan cara hidup rakyat Malaysia kepada pelajar Mesir. Pelajar tempatan tidak ketinggalan untuk turut serta membuka ruang pameran dalam program tersebut. Di samping itu,program ini diwujudkan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara semua pelajar perubatan,pergigian,farmasi dan fakulti yang berhampiran.
Gaya bebas seorang pengunjung berbangsa Arab
Pameran tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian yang berbeza. Bahagian tersebut ialah bahagian makanan tempatan, permainan tradisional dan sudut pertunjukan multimedia.
Bahagian makanan menyediakan menu seperti nasi goreng,puding jagung,kek batik,dan lain-lain.
Kebanyakan pengunjung yang terdiri daripada pelajar kuliah farmasi amat gembira dan tertarik apabila merasai makanan yang disediakan. Manakala sudut permainan tradisional turut mengadakan sesi percubaan bagi permainan tradisional seperti ceper,batu seremban,congkak dan sepak takraw. Hadiah saguhati disediakan kepada peserta yang layak.
Penerangan berbentuk multimedia oleh saudara Naeem
Bahagian multimedia juga tidak ketinggalan mendapat sambutan daripada pengunjung. Tayangan video perkahwinan tradisi melayu,tarian Malaysia,seni mempertahankan diri, serta perlancongan telah berjaya menambat hati pengunjung.
"Walaupun kami hanya diberi tempoh selama dua hari untuk membuat segala persiapan,namun hasilnya amat memberangsangkan,saya merasa kagum melihat sahabat-sahabat saya yang begitu komited dengan tugas yang diberikan,inilah tandanya yang kita semua sayangkan negara tumpah darah kita,Malaysia," komen saudari Pengarah Program,saudari Aminatul Munawwarah binti Mustafa Kamal mahasiswi tahun 1 kuliah Farmasi Universiti Mansurah.
Kami sangat menghargai semua hadirin yang sudi meluangkan masa ke pameran kami . Kami berharap sambutan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat yang baik kepada tetamu yang hadir.
Disediakan oleh,
Setiausaha,
Program Hari Kebudayaan Malaysia 2011,
Kuliah Farmasi Universiti Mansurah, Mesir.
0 Comment