[BERITA] - STAR Immunology Semester 2 Berjalan Dengan Jayanya

11 Mei, Darul Rahmah - Unit Akademik sekali lagi telah mengembang luas usaha bagi memberi khidmat dan kebajikan akademik pada ahli-ahli PCM dengan mengadakan STAR Immunology bagi mahasiswa/wi Semester 2 Perubatan Mansoura-Manchester. Perkara ini ekoran daripada permintaan yang tinggi dari kalangan mahasiswa/wi pra-klinikal dalam mencari sumber alternatif selain daripada kuliah yang dihadiri.

Walaupun STAR Immunology ini pertama kali diadakan tetapi kehadiran daripada pelajar sangat menggalakkan sehingga mencecah 33 mahasiswi dan telah disampaikan oleh mahasiswa semester 6, Saudara Azrizan Bin Bakir yang sanggup mengorbankan masa dan tenaganya untuk mencurahkan ilmu kepada sahabat-sahabat yang lain.

Saudara Azrizan sebagai memetik katanya “Innate Immunity adalah antara topik pertama yang dipilih sebagai salah satu topik yang perlu dikuasai oleh pelajar sebelum menguasai topik-topik yang lain kerana topik ini ialah ‘key item’ untuk topik yang seterusnya jadi pemantapan ‘basic’ adalah amat penting.”


Selepas menerangkan konsep sistem innate immunity, Saudara Azrizan mengambil langkah proaktif dengan membuat aktiviti LDK dan meminta agar mereka secara berkumpulan menerangkan kembali mengenai apa yang mereka faham.

Kumpulan dengan pembentangan terbaik telah menerima sedikit sumbangan hadiah dan 2 pembentang terbaik juga diberi hadiah saguhati sebagai tanda kesungguhan mereka berkongsi ilmu yang baru dipelajari.

Sebagai penutup STAR Immunology, Ketua Unit Akademik PCM, Mohammad Iskandar Bin Sa’uadi telah memberi sedikit ucapan kepada mahasiswi yang hadir agar mereka bersemangat juga gigih dalam menuntut ilmu, berkongsi ilmu walaupun sedikit dan mengajak rakan-rakan yang lain agar turut serta dalam menghadiri STAR Immunology anjuran Unit Akademik PCM.

Maklum balas yang diterima selepas berakhirnya kelas adalah sangat positif baik daripada sudut tutor yang mengajar dan metod pembelajaran. Mereka juga mengharapkan Unit Akademik untuk mempertimbangkan agar mewujudkan STAR Anatomy untuk mereka kerana ada sebilangan mahasiswa/wi tidak mampu untuk menghadiri tuisyen berbayar di luar.

Disediakan oleh,

Mohammad Iskandar Bin Sa’uadi,

Ketua Unit Akademik PCM 10/11.

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment