Assalamu'alaikum w.b.t
menjelang 16 JULAI 2011
BERSAMAAN
15 SYA'ABAN 1432H
Hadith sahih fadhilat nisfu syaban :
Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)
Berdasarkan hadith ini cukuplah bagi kita meningkatkan amalan kita pada malam tersebut mengikut cara yang telah diajar nabi dengan amalan harian seperti bangun solat tahajud, membaca al-Quran (jangan mengkhusus surah-surah tertentu untuk diabaca), berzikir dengan zikir-zikir mathur dan berdoa.
Daripada Aisyah ra berkata: (Adalah Rasulullah saw apabila berpuasa, sehingga kita menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Syaban).
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Daripada hadith di atas kita juga disunnahkan untuk memperbanyakkan puasa dalam bulan syabaan TETAPI jangan kita mengkhususkan puasa pada nifsu syaaban dengan mengatakan sunnah untuk puasa pada nifsu syaaban.Hadith sahih hanya mengatakan sunnah untuk memperbanyakan puasa pada bulan syabaan sahaja tiada hadith yang menyebut khusus tentang sunnah berpuasa pada nifsu syaban.
Jadi sesiapa yang hendak berpuasa pada hari nifsu syaban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi memperbanyakkan puasa pada bulan syaban maka sesunggunhnya dia telah mengikut sunnah.
TETAPI
Jika seseorang berpuasa pada hari nifsu syaban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi mengkhususkan puasa pada nifsu syabaan maka sesungguhnya ini bukan sunnah daripada nabi dan amalan ini tertolak.
- Malam Nisfu Sya'aban:
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.
Rujukan:
"PROFESSIONAL DAIE,GENERASI RABBANI"
Unit Kempen dan Promosi
Biro Pembangunan Insan
PERUBATAN 2011/2012
Unit Kempen dan Promosi
Biro Pembangunan Insan
PERUBATAN 2011/2012
0 Comment