Moshe Dayan (bekas Menteri Pertahanan Israel yang bermata satu) seperti yang digambarkan dalam filem ini pernah secara terbuka menyatakan cita-cita dan keinginan jahat negaranya terhadap dunia terutama umat Islam.
Tindakannya ini dikecam oleh bangsanya sendiri kerana mereka khuatir perancangan jahat Yahudi ini akan dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan diketahui umat Islam.
Moshe Dayan telah menjawab, "Bertenanglah, percayalah padaku bahawa bangsa Arab tidak akan membacanya kerana mereka tidak suka dan malas membaca"
2. Sheikh Ahmad Deedat rh. pernah berucap di hadapan ribuan umat Islam dalam satu ceramahnya. Sambil memegang sebuah buku tulisan Pope Kristian pada waktu itu yang mana buku itu telahpun terjual jutaan naskah dan menjadi buku "best seller". Buku itu menghuraikan pandangan Pope terhadap agama-agama dunia seperti Kristian,Buddha, Hindu, agama Yahudi dan juga Islam.
Dalam buku tersebut sangat sedikit diterangkan tentang Islam tidak sampai 10 muka surat sedangkan tentang agama lain dihuraikan dengan panjang lebar. Sedangkan agama Islam adalah agama yang paling hampir dengan Kristian kerana umat Islam mempercayai Nabi Isa dan Maryam.
Sheikh Ahmad Deedat bertanya kepada hadirin dihadapannya siapa didalam dewan ini yang telah mempunyai buku ini ? Ternya tiada seorangpun umat Islam dalam dewan tersebut yang memiliki buku ini.
Sheikh Ahmad Deedat lantas menyatakan 2 sebab kenapa umat Islam tidak memiliki buku ini. Pertama, adalah kerana harganya yang agak mahal dan kedua adalah kerana UMAT ISLAM TIDAK SUKA MEMBACA !
3. Dan akhirnya, adakah anda peminat cerita drama bersiri 'Juvana' ? Sebuah kisah hidup pahit getir remaja juvana yang ditahan di sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti. Bukankah hero dalam filem itu (Daim) telah menemui harapan dan keyakinan hidup dengan mula membaca dan lantas mengubah kehidupan rakan-rakannya agar kembali bersemangat untuk berubah kepada yang lebih baik?
Pengajaran :
Jadilah suatu umat yang sentiasa ada buku untuk dibaca. Kepada yang masih exam, teruskan membaca dan kepada yang telah habis exam juga teruskan membaca. Bukankah ayat pertama yang diturunkan kepada kita mengandungi suruhan untuk kita MEMBACA?
Manfaatkan cuti anda bagi sahabat-sahabat yang sedang bercuti manakala yang masih kuliah dan sedang exam, teruskan dengan usaha yang sungguh-sungguh untuk berjaya.
Sekian,
Ahmad Azizi Bin Md Jusoh,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2010/11.
0 Comment