[BERITA] - Mansoura Open Day'11, Berjaya!

Acara gusti lengan bagi kategori lelaki

Mansurah, 28 Julai 2011 – Mansoura Open Day 2011 adalah program yang berlangsung selama dua hari berturut-turut, dianjurkan oleh Unit Sukan & Aktiviti Luar (UNISAL), PERUBATAN Cawangan Mansurah 2010 /2011. Sebanyak 6 aktiviti untuk indoor games dan 3 permainan untuk outdoor games telah dipertandingkan bagi kategori mahasiswa, manakala bagi kategori mahasiswi sebanyak 6 permainan untuk indoor games dan 1 permainan untuk outdoor games.

Dengan bertemakan ‘Together We Unite’, program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama warga sains kesihatan Mansurah di samping mengisi masa lapang sebelum memasuki bulan Ramadhan.

Aktiviti kategori mahasiswa dimulakan dengan perasmian oleh Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah 2010/11, saudara Ahmad Azizi bin Md Jusoh pada pukul 4 petang, bertempat di Stadium Universiti Mansurah. Aktiviti untuk outdoor games yang dipertandingkan adalah permainan bola sepak 7 sebelah, pingpong dan bola keranjang, malah turut dijemput pasukan daripada Tanta dan Zagaziq.

Permainan catur turut dipertandingkan

Manakala acara untuk indoor games diadakan pada hari Jumaat 29 julai 2011 bertempat di Darul Rahmah. Acara dimulakan dengan pertandingan Defence Of The Ancient (DOTA) seawal jam 8 pagi dan berhenti seketika untuk solat jumaat. Acara kemudiannya diteruskan dengan permainan catur, Pro Evolution Soccer (PES) 2011, dan gusti lengan. Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Turut dilangsungkan ialah acara Azan dan hafazan yang julung kalinya diadakan di Mansurah.

Kelihatan peserta tekun dalam pertandingan yang disertai


Perlawanan akhir bagi kategori Pro Evolution Soccer

Bagi kategori mahasiswi, pelbagai aktiviti telah diadakan hari Khamis 28 Julai 2011. Acara tahunan ini bermula seawal jam 7.30 pagi sehingga 11 pagi dan telah dirasmikan oleh pengarah program. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut. Antaranya ialah acara sukaneka seperti permainan akai ito, banana chu, chicken fighting dan unsangkarable group talent. Acara sukaneka ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik. Seterusnya, aktiviti outdoor gamesseperti squash turut berlangsung serentak dengan acara sukaneka manakala acara treasure hunt dilangsungkan sejurus selepas berehat pada jam 9 pagi.

Lagi suasana sewaktu pertandingan indoor games

Aktiviti untuk mahasiswi berakhir pada jam 11 pagi diikuti dengan penyampaian hadiah dan bacaan doa penutup oleh wakil peserta. Proram Mansoura Open Day 2011 melabuhkan tirai pada malam hari Jumaat, 29 julai 2011 bertempat di Darul rahmah dengan sesi penyampaian hadiah beserta tayangan filem Children Of Heaven. Secara kesimpulannya, penyertaan bagi masiswa/wi dalam program ini amat memberangsangkan.


Disediakan oleh,

AHMAD SAHLI MAHZUZ BIN ISMAIL

Pengarah ,

Program Mansoura Open Day 2011,

PERUBATAN Cawangan Mansurah Sesi 2010/2011.

Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment