[CERPEN] - Dialog Martabat Ilmu

Pada suatu hari, terdapat sekumpulan pelajar perubatan sedang tekun mendengar pelajaran yang diajar oleh pensyarah di fakulti perubatan itu. Setelah selesai kuliah tersebut, mereka pun bergerak meninggalkan dewan. Terjadi perbualan dua sahabat dalam kalangan pelajar-pelajar tersebut…

Daniel : Macam mana dengan kuliah tadi Mat?? (sambil memegang bahu Ahmad)

Ahmad : Kuliah tadi? (sambil menarik muka). Bosan lah subjek yang doktor ajar tu. Tak menarik langsung.

Daniel : Bosan? Kenapa pula macam tu (sambil tersenyum)

Ahmad : Entah, macam tak penting je subjek tu. Dah la tak faham apa2 (sambil tunduk tanda kecewa)

Sedang mereka berbual sambil berjalan, lantas Daniel mengajak Ahmad untuk duduk sebentar untuk melepaskan lelah.

Daniel : Bismillah..(minum air sambil duduk). Jemput la minum air ni Ahmad (sambil menghulurkan air ke tangan Ahmad)

Ahmad :Terima kasih (sambil menyambut air yang diberi)

Daniel : Mat, setiap lelaki mesti ada perasaan meminati wanita kan? Kalau kamu, apa yang boleh menyebabkan kamu kagum kat seorang wanita sehingga kamu boleh meminati dia.

Ahmad : Soalan cepu mas ni (sambil ketawa perlahan). Kalau saya, semestinya saya suka wanita yang cantik, sejuk mata memandang, bijak, dan seorang yang sopan.

Daniel : Mesti semua tu yang membuatkan kamu kagum pada dia kan?

Ahmad : Mestilah..
Daniel : Kalau kamu kagum pada wanita itu dan kamu suka pada dia, sudah tentu kamu akan usaha untuk mendapatkan dia kan?

Ahmad : Itu sudah tentu la sahabat.

Daniel : Macam mana kamu usaha untuk dapatkan wanita tu?

Ahmad : Mula-mula, saya akan pergi berjumpa dengan wanita itu. Kemudian saya akan luahkanl perasaan saya pada dia dan beritahu sebab saya sukakan dia.

Daniel : Kalau seseorang itu disukai kemudian dia dipuji dan dikagumi sudah tentu dia akan gembira dan akan menyukai juga orang yang memuji itu kan?

Ahmad : Ya.. betul.

Daniel : Kalau kamu suka pada wanita itu, kamu juga mesti mahu memiliki dia kan? Apa yang akan kamu lakukan?

Ahmad : Saya akan jumpa ayah dan ibu wanita itu meminta restu dari mereka untuk disatukan, selepas disatukan bermakna dia adalah milik saya.

Daniel :ooooo.. begitu ye. (sambil tersenyum panjang)

Ahmad : Kenapa kamu tanya soalan-soalan pelik? Senyum panjang pula.


Daniel : Mat, apa kita bualkan tadi tu sama lah seperti ilmu, perumpamaan Ilmu adalah seperti seorang wanita. Apabila kita besarkan ilmu itu, kita kagum akan ilmu itu, suka akan ilmu itu atas sebab kelebihan yang ada pada ilmu seperti mana seperti kelebihan wanita yang kamu sukai itu, sudah pasti kita akan berusaha untuk mendapatkan ilmu dengan bersungguh-sungguh. Berbeza dengan mereka yang tidak merasakan kebesaran sesuatu ilmu itu. Mereka tidak akan berusaha untuk mendapatkannya, malah memperkecilkan ilmu itu.

Memperkecilkan ilmu itu sama lah dengan kita menghina ilmu itu. Sama juga dengan seorang wanita yang buruk, kita akan memandang rendah pada dia, malah kita juga akan menghina dia.

Kita perlu ingat bahawa ilmu itu datangnya dari Allah, tidak kira ilmu apa pun, tidak kira kecil atau besar ilmu itu, tidak kira samada ilmu agama atau perubatan, ia tetap ilmu yang datangnya dari Allah. Jadi layakkah kita untuk menghina sesuatu yang datang dari Allah?

Ahmad : Kita hamba yang lemah dan sangat jahil, sememangnya tidak layak.

Daniel : (sambil tersenyum lagi). Betul tu wahai sahabat. Boleh saya sambung lagi?

Ahmad : Silakan..

Daniel : Wanita yang kita tidak sukai dan yang kita hina, pastinya tidak akan datang pada kita, sama lah juga seperti ilmu, sekiranya kita tidak suka, malah merendahkan sesuatu ilmu itu, adakah ilmu itu akan datang kepada kita?

Ahmad : sesuatu yang kita tak suka sudah pasti tidak akan datang pada kita.

Daniel : Betul, sudah tentu ilmu itu akan semakin jauh pada kita, mungkin perbuatan menghina ilmu inilah menyebabkan kita sukar memahami sesuatu pelajaran.

Ahmad : Ermm.. betul apa yang kamu cakap. Sama seperti wanita juga, kalau kita mahu memiliki wanita itu kita mesti meminta pada wali wanita itu. Sama juga seperti ilmu, jika kita mahukan ilmu, kita perlu meminta pada Allah dan meminta keberkatan ilmu itu dari Allah kerana ilmu itu adalah kepunyaan Allah.

Daniel : Wah, pandai juga sahabat saya ni bercakap ye.

Ahmad : Ya.. saya baru sedar, selama ini pandangan saya terhadap ilmu adalah salah, saya terlalu memandang remeh tentang ilmu. Mungkin umat Islam zaman ini mundur dari segi ilmu adalah disebabkan memandang remeh terhadap ilmu. Berbeza dengan Ilmuan-ilmuan Islam zaman dahulu, mereka cukup memandang tinggi terhadap ilmu. Tapi Daniel bagaimana kita timbulkan rasa kebesaran kita terhadap ilmu?

Daniel : Bagus soalan itu. Kalau kita kagum seseorang wanita itu kerana kelebihannya seperti kecantikannya, kebijaksanaannya dan kesopanan akhlaknya, begitu juga dengan Ilmu, kita perlu mengetahui akan darjatnya, kepentingannya, kehebatannya di sisi Allah swt. Jadi dengan itu akan melahirkan rasa membesarkan ilmu itu

Ahmad : Ooo.. begitu rupanya, kelebihan sesuatu itu membawa kepada rasa kagum. Mungkin sebelum ini saya sering memandang rendah dengan sebahagian apa yang doktor ajar menyebabkan saya sukar memahami pelajaran tu sehingga saya pernah mengulang tahu sedangkan saya telah berusaha.

Daniel : Ya, betul tu. Jadi walaupun kita pelajar perubatan kita perlu ingat bahawa ilmu perubatan ini juga adalah satu ilmu yang penting sangat bermanfaat. tidak patut kita memandang remeh terhadap apa yang diajar oleh doktor. Biarpun apa yang doktor itu nampak seperti tidak penting, tetapi disitu lah terdapat keberkatan. sekiranya kita ada ‘mengejek’ subjek perubatan yang kita belajar ini biarpun subjek itu kita rasa tak penting dikhuatiri Allah akan menarik keberkatan akibat perbuatan kita itu.

Ahmad : Betul apa yang kamu cakap. Membesarkan ilmu ini nampak remeh tetapi sebenarnya ia adalah perkara yang paling penting yang perlu ada pada diri seorang pelajar.

Daniel : Semoga Allah menjadikan hati kita cinta pada ilmu dan juga menurunkan keberkatan ilmu agar ilmu perubatan yang kita dapat ini memberi manfaat kepada kita dan orang lain. Dah lewat ni Mat, jom lah kita pulang.

Ahmad : Ya, terima kasih sekali lagi Daniel atas peringatan tadi.

Kemudian mereka berdua pun pulang ke rumah masing-masing…. Tamat~


DI AWAL SESI PENGAJIAN INI MARILAH KITA SAMA-SAMA PERBETULKAN NIAT, PERBAIKI SIKAP DAN TABIAT KITA SEBAGAI SEORANG PELAJAR MUSLIM PERUBATAN.


Disediakan oleh: Unit Pembangunan Insan PCM 2010/11



Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment