Apa itu Probiotik? Apa kelebihan yang terdapat di dalamnya? Semestinya, kita semua tahu akan kepentingan keju, yogurt dan bahan tenusu yang lain, tetapi jarang yang mengetahui kewujudan bakteria yang ada di dalam bahan-bahan tersebut.
Ya, bakteria. Jangan risau, bakteria Probiotik ini bukanlah kuman yang memberi impak negatif kepada badan kita. Malah membantu dalam sistem penghadaman manusia. Bakteria ini juga memberi banyak kelebihan lain.
Antaranya, memberi kesihatan jantung yang lebih baik. Contohnya, baru-baru ini, pengkaji dari Kanada mendapati bahawa pesakit diabetes yang mengambil yogurt yang mengandungi Lactobacillus Reuteri (spesis Probiotik) mengalami penurunan kadar kolesterol sebanyak 9% dalam hanya masa 6 minggu!
Selain itu, kajian mendapati pengambilan Probiotik juga sedikit banyak mengurangkan kadar stress dalam individu.
Manfaat yang lain pula, seseorang yang mengamalkan pengambilan Probiotik ini, dikatakan dapat mengurangkan penyakit gusi dan kaviti, sekaligus dapat mengelakkan daripada jangkitan virus dan demam.
Jadi, memandangkan di tempat yang kita tinggal ini mengamalkan pengambilan keju dan bahan tenusu, kita juga seharusnya mengambil peluang untuk mendekati dan mengamalkan budaya dan cara pemakanan sihat mereka.
Selamat beramal! :)
Oleh:
Azlini binti Aminuddin
Jurnalis Unit Penerbitan & Penerangan (UPP)
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2011/12
0 Comment