Puteriku sayang...

Warkah khas dari DR HUSNA kepada puteri kesayangannya, arwah Nik Huraiyah Ar-raudhoh bt Nik Mohd Fareez..

Salam sejahtera buat puteri kecintaan umi..
moga tenang rohmu bermain di taman syurga....

Selama dua hari ni..umi dah sedikit tenang..tidak menangis lagi..itu zahirnya..tapi siapa boleh meneka..andai dihati umi terus merintih rindukan puteri umi..

Selama dua hari ni..umi terlelap sambil memeluk baju pertama yang Huraiyah pakai selepas lahir..Huraiyah ingat lagi tak..?
Masa umi mula-mula beli baju ni..masa umi tunjuk kt Huraiyah..mesti huraiyah tendang-tendang perut umi..
mungkin sekali Huraiyah tak sabar-sabar nak pakai baju baru selepas sekian lama berenang dalam 'amniotic fluid'..

tapi......

Allah telah hadiahkan pakaian yang lebih baik untuk Huraiyah..iaitu kain kafan yang membalut Huraiyah sejak roh huraiyah ditarik sampai hari kebangkitan nanti..kadang-kadang umi fikir..apa sebabnya semua ni terjadi..?

Kadang-kadang, umi terasa nak menyalahkan diri umi atas apa yang berlaku..tapi, walid setiap hari berpesan kt umi..Allah yang ciptakan diri umi..kalu umi kecewa ngn diri umi bermakna umi kecewa ngn Allah..berdosa..

Maka, sebenarnya apakah hikmah sayang tinggalkan umi dulu..?

Pagi tadi umi chatting dengan Tuk Huraiyah..Aki Zainy..Aki kata, setiap yang Allah jadikan mesti ada sebabnya..samalah kalau kita buat apa-apa pun..takkan kita buat tanpa sebab..cuma setiap yang Allah jadikan tu hikmahnya tersembunyi..

Huraiyah ingat tak apa yang Allah uji kita sepanjang umi mengandungkan Huraiyah..? Allah tarik rezeki kita dalam sekelip mata melalui adanya orang yang menyeluk poket walid dan ambik semua duit walid..sampai tak ada satu sen pun yang tinggal..tapi rupa-rupanya Allah nak kurniakan rezeki yang lebih banyak..bahkan berkali-kali ganda lipat bila walid dapat biasiswa..

Agaknya juga....

Allah nak kurniakan umi zuriat yang lebih baik dan menyejukkan hati umi lepas ni..jadi Allah tarik satu dari zuriat umi supaya umi kuat untuk mendidik zuriat yang seterusnya..umi terfikir..dalam usia umi yang baru 19 thn ni..dan walid yang baru 21 tahun..Allah dah uji kami dengan ujian yang amat berat..tapi hikmah yang tersembunyi itu mungkin akan diperlihatkan nanti..hikmah dan janji Allah itu umi dan walid nantikan..janji Allah janji yang pasti..!

Huraiyah yang solehah.....

Umi dan walid selalu nantikan detik kita kembali berkumpul di taman syurga nanti..nama Huraiyah pun dah bermaksud bidadari taman syurga..umi dan walid terima apa yang terjadi..dan kami akan teruskan hidup yang fana seperti biasa..sampai ketika giliran kami utk dipanggil..doakan kami ye disana..huraiyah anak yang taat dan solehah..

"Mungkin bukan di sini kita menyemai cinta..tapi insyaAllah di sana kita akan berkasih semula.."

we miss you Huraiyah..
we love you so much...


Wassalamu'alaiki warahmatullahi wabarokatuh.......



p/s; bahan di atas dipetik dari blog dr Husna dan suami. Sedikit proses editing telah dilakukan pihak wartawan bagi memperkemaskan lagi bahan. Untuk lihat skrip asal, anda boleh lawat
www.raudhoh-mujahid.blogspot.com
Tags:
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

4 Comment

  1. tabahkanlah hatimu umi
    seseungguhnya Allah Maha Penyayang sgt menyayangi puterimu...

  2. fattah...

    nik fariss dn husna..kedua-duanya begitu tabah...ku percaya..

  3. Ya ALLAH...
    sesungguhnya engkau Maha Mendengar dan juga Maha Mengasihani..
    kurniakanlah pasangan hambamu ini ketabahan dan kesabaran sebagaimana Rasul2 Ulul Azmi
    dan kurniakanlah mereka
    seorang lagi cahaya mata
    untuk menemani mereka
    dan membiarkan mereka merasai nikmatnya menjadi ibu bapa...

  4. Kasih sayang ALLAH kepada umatnya melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya,,, ingatlah wahai umi,,, setiap perkara yg terjadi pasti ada hikmahnya dan hanya ALLAH mengetahuinya.... tabahkn hatimu wahai umi,,,, moga cahaya kesabaran menyinari...

Post a Comment