
Belum reda kehangatan cerita kecurian pertama diperkatakan oleh mulut-mulut ahli PCM,satu lagi musibah yang sama menimpa seorang mahasiswa perubatan Universiti mansurah.
Beliau yang dimaksudkan ialah seorang mahasiswa tahun 1 pergigian.
Beliau tinggal bersama-sama rakan serumah di Blok AQ dan berasal dari Terengganu.
Berikut adalah sedikit catatan hasil temuramah yang dijalankan oleh wartawan bertugas di kediaman beliau.
1)Bagaimanakah keadaan(perasaan) anda sekarang?
Pada mulanya,apabila menyedari saya menjadi mangsa kecuriaan,sudah tentu saya merasa sedih dan agak tertekan sekali.Tetapi saya beruntung kerana ibu bapa saya di Malaysia menerima musibah ini dan mereka banyak memberi sokongan kepada saya.Keluarga saya mengingatkan saya agar jangan terlalu berdukacita kerana nanti akan memberi kesan pada pembelajaran saya.
2)Apakah barang-barang anda yang hilang?
-Laptop ACER -2 jersi bola England
-Hard Disk 320G -8 helai t-shirt harian
-Baju Sejuk -selimut tebal
-Tabung duit syiling (lebih kurang 20-30 genih)
3)Bolehkah saudara ceritakan kembali kisah kejadian?
Kejadian tersebut berlaku pada hari selasa.Saya hadir ke kuliah pada awal pagi lagi dan terus ke tempat tuisyen sebelum kembali ke rumah.Kira-kira jam 12.30 tengahari,saya tiba di rumah dan amat terkejut apabila mendapati daun pintu rumah diselak.Saya juga melihat pintu bilik saya ada kesan kopekan.Saya memang sentiasa mengunci pintu bilik setiap kali saya keluar dari rumah.
Kemudian saya bergegas masuk ke bilik dan mengesan beberapa barang peribadi saya lesap.
Tergamam dengan apa yang berlaku,saya terus menyoal ahli rumah saya yang mana berada di bilik masing-masing,takut-takut mereka yang meminjam barangan tersebut.
Tetapi saya hampa.Sangkaan saya meleset.
Saya pasrah dengan apa yang berlaku mulai saat itu.
4)Angaran kerugiaan saudara?
RM 3500.Nilai yang agak besar bagi saya sebenarnya.
5)Pesanan saudara pada sahabat-sahabat lain?
Tingkatkan tahap keselamatan rumah anda.Elakkan dari individu-individu yang mencurigakan menceroboh masuk kediaman anda.Sungguh tercabar kesabaran saya sebenarnya dengan ujian ini.Jangan biarkan anda pula menjadi mangsa seterusnya.
Temuramah ini disediakan oleh,
Fattah Bin Hamzah
*Semua warga Mansurah dinasihatkan agar dapat memastikan pintu rumah dikunci dengan baik semasa di luar dan di dalam rumah.
0 Comment
Post a Comment