Jurnal Seminar Nuqaba'


Sambutan Tahun Baru Masihi 2010 pada kali ini pastinya menjadi antara salah satu peristwa yang amat bermakna dalam hidup mentor Smart Circle(SC) yang menghadiri Seminar Nuqaba’. Bertemakan Aspirasi dan Inspirasi Mentor Asas Apresiasi Ummah, seminar yang dianjurkan oleh Unit Mentor Council iaitu unit kecil di bawah kelolaan Unit Pembangunan Insan(PCM) Mansurah 09/10 yang diadakan pada 31/12/2009 hinnga 1/1/2010 telah membangkitkan semangat peserta yang terdiri daripada mentor SC (mahasiswi) untuk terus komited dengan amanah yang diberikan.

Program yang bertempat di Darul Rahmah ini dimulakan dengan majlis iftar jama’ie yang bertemakan “suapan pertama adalah untuk sahabat” .Pelbagai gelagat dan aksi ketika sesi suap-menyuap diadakan lantaran ada yang kekok apabila disuap. Usai solat maghrib dan Isya’ secara berjemaah, program diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi bin Ghazali dari Universiti Al-Azhar cawangan Dumyatt yang bertajuk “Kenapa Aku?”.

Seterusnya, program diteruskan dengan pengisian yang disampaikan oleh Ustazah Latifah bt Othman dari kuliah Qiraat tahun 2 yang bertajuk Pengurusan SC dan Softskill dalam berdakwah. Pengisian yang diselitkan dengan pengalaman penceramah sebagai mentor itu telah membuka minda peserta berkenaan persediaan yang perlu ada dalam diri seorang mentor.

Setelah itu, peserta telah memperlihatkan bakat lakonan mereka dalam slot Latihan Dalam Kumpulan(LDK) di mana fasilitator setiap kumpulan terdiri daripada mahasiswi Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah. Para mentor juga berpeluang berkongsi pengalaman masing-masing apabila berhadapan situasi yang memerlukan kekreatifan mereka dalam menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran. Pada malamnya, diadakan Qiyamullail berjamaah yang sangat memberi kesan kepada para mentor untuk memperbaiki diri terlebih dahulu, sebelum menyampaikan pengisian kepada mentee.

Pada keesokan harinya, slot khas bersama penceramah dari Yaman iaitu Sheikh Habib al-Jufri telah menggetarkan hati para peserta. Ceramah yang ditayangkan secara ‘live’ ini benar-benar menyuntik semangat peserta untuk terus menyambung rantai perjuangan baginda Rasulullah s.a.w. Ceramah ini menceritakan saat-saat terakhir kehidupan Rasullullah s.a.w dimana baginda sedang nazak dan saat bila mana malaikat Sakaratulmaut datang untuk mencabut nyawa Baginda. Para mentor kelihatan teresak-esak menahan tangis mengenangkan betapa jauhnya usaha mereka jika dibandingkan dengan cara dan cinta Rasululllah s.a.w untuk mengajak ummatnya menuju Islam.

Kemudian slot terakhir iaitu slot luahan hati telah dikendalikan oleh 3 orang mahasiswi iaitu Saudari Amalina Yusof, Saudari Syamilah Mohamad dan Saudari Nur Liyana Che Ali. Amalina Yusof selaku Timbalan Pengarah Unit Mentor Council berharap agar semua peserta sedar akan amanah yang terpundak dan tidak memandang enteng dalam menjalankan tanggungjawab sebagai mentor.

Sebagai penutup program, peserta telah diperkenalkan dengan barisan ajk pelaksana program seminar kali ini. Uniknya program ini apabila majoriiti ajk pelaksana terdiri daripada mahasiswi tahun 1 dan sebagai mentee, mereka semua diminta untuk memberi pendapat atau pandangan terhadap SC kepada para peserta. Syabas diucapkan kepada mahasiswi tahun 1 juga para mentor kerana telah berjaya memberi komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung!

Disediakan Oleh,
Unit Penerbitan dan Penerangan 09/10

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

3 Comment

  1. salam..
    sedikit pembetulan bahasa..tema seminar nuqaba': APRESIASI bermakna sumbangan (bukan apreasiasi)..

    jawatankuasa seminar

    (SAMA2 MENJAGA PEMBERSIHAN AMALAN (HATI) dr MELAKSANA BYK AMALAN TANPA PEMBERSIHAN HATI..I.ALLAH)..seruan dr kata2 ust.salman

  2. Pembetulan kepada pembetulan

    Apresiasi bukan bermaksud sumbangan yer..

    Maksud sebenar: penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dsb seseorang atau sesuatu pihak.

    Harap maklum.

  3. walaupun nampak remeh,

    Jurnal - bukan 'journal',

    Teguran ini adalah untuk membina.

Post a Comment