Assalamu'alaykum wbt. Musim peperiksaan bagi sesi akademik 2009/2010 telah pun tamat. Rata-rata pelajar Sains Kesihatan iaitu perubatan, pergigian, atau farmasi di Mesir telah mendapat keputusan peperiksaan masing-masing bahkan sudah memulakan sesi kuliah yang baru. Tahniah diucapkan kepada semua.
Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Biro Akademik PERUBATAN menjalankan survey ini bagi mengkaji faktor-faktor yang memainkan peranan menentukan kecemerlangan mahasiswa Sains Kesihatan di Mesir. Juga sebagai muhasabah bagi sesi lepas, hasil kajian ini akan dianalisa dan dibentangkan kepada umum khususnya mahasiswa Sains Kesihatan di Mesir agar kita semua dapat bersama memperbaiki prestasi akademik dan sahsiah kita, insyaAllah.
Jasa baik anda semua untuk meluangkan masa mengisi borang ini dengan jujur kami dahulukan dengan ucapan JazakumuLlah Khairal Jaza'. Semoga komuniti PERUBATAN pada sesi kuliah baru ini menjadi komuniti yang cemerlang prestasi akademiknya, dan terbaik sahsiahnya.
Jika anda tiada masa yang panjang, tidak perlu gusar, hanya jawab soalan yang bertanda *required sahaja.
Jadilah Doktor Muslim Sejati, Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati
Selamat menjawab!
Oleh : Biro Akademik PERUBATAN 2009/2010
0 Comment