Khamis 9 Disember,Mansurah -Walau sesibuk mana pun tugas yang perlu diselesaikan,tanggungjawab terhadap ahli PCM tetap menjadi keutamaan untuk ditunaikan. Itulah yang dilalui oleh Pengerusi PERUBATAN cawangan Mansurah, saudara Ahmad Azizi bin Md Jusoh.
Pada malam Khamis yang lalu,beliau sempat menghadiri suatu majlis tahlil ringkas yang dianjurkan oleh salah seorang ahli PCM yang baru sahaja kehilangan datuk pada hari rabu sebelumnya. Saudara Aman Rizal Ibrahim dan adik perempuannya, Saraeza Ibrahim berserta sepupunya, Badrul Hisyham Mat Hussin telah bercadang untuk mengadakan solat jenazah ghaib untuk arwah datuk mereka dan sedikit majlis tahlil ringkas selepas solat isya'.
Datuk mereka bertiga,bernama Nor bin Padang dan berumur lebih dari 90 tahun telah meninggal dunia kerana sakit tua di rumah anaknya di Gua Musang,Kelantan. Wakil unit wartawan mediaPERUBATAN Mansurah sempat menjejaki pengerusi PCM yang menghadiri majlis tersebut.
Majlis ringkas tersebut dihadiri beberapa orang kenalan terdekat saudara Aman Rizal. Jamuan kepada semua tetamu disediakan selepas majlis sebagai tanda terima kasih atas kehadiran mereka.
Usai majlis,kelihatan saudara Azizi mendekati individu terbabit untuk menyatakan ucapan takziah mewakili seluruh AJKT PCM. Jelas tergambar di wajah mereka bertiga perasaan sedih dan suram yang kehilangan datuk tersayang. Saudara Azizi bergegas mengundur diri dari majlis selepas selesai menjamah sedikit jamuan kerana terpaksa menghadiri mesyuarat persatuan.
oleh :Abdul Fattah bin Hamzah
mediaPERUBATAN mansurah
0 Comment