Kenyataan Rasmi Ketua Unit Ekonomi PCM 2010/11




Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad SAW. Pertama sekali, saya mewakili Unit Ekonomi Perubatan Cawangan Mansurah (PCM) ingin memohon ribuan kemaafan kepada seluruh ahli PCM di atas kelewatan kami menguruskan proses penjualan beras daripada PCM.

Disebabkan permintaan beras daripada ahli PCM semangkin meningkat, kami telah sedaya-upaya berusaha untuk memulakan semula penjualan beras dalam masa terdekat. Tetapi kami menghadapi sedikit kesulitan. Antaranya:

1.Peningkatan mendadak harga beras.

2.Kami perlu ‘survey’ dan selaraskan harga jualan beras PCM dengan harga pasaran terkini.

Sempena peralihan barisan pimpinan baru, Unit Ekonomi PCM telah menghentikan pengambilan beras hampir 2 bulan. Selama tempoh itu, harga beras sentiasa meningkat. Jadi, berkemungkinan penjual-penjual beras lain, masih mempunyai stok beras daripada harga lama. Jadi, kesannya sekarang, kami menghadapi sedikit kesukaran untuk menyelaraskan harga beras dan seterusnya mengikut harga pasaran di Mansurah ini.

Dengan mengambil kira kebajikan ahli PCM, kami telah membuat keputusan untuk menangguhkan dahulu penjualan beras sehingga satu waktu yang sesuai bagi memulakan semula penjualan beras PCM.

Sesungguhnya kami hanya mampu merancang,Tuhan yg menentukan segalanya. Diharapkan semua ahli PCM bersabar dan mendoakan agar proses penjualan beras dapat diteruskan dalam masa terdekat.Semoga dipermudahkan segala urusan, sekian terima kasih.

At-Taqwa, As-Syifa',Ar-Rahmah

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

Muhammad Aliffitri bin Alias,

Ketua Unit Ekonomi,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2010/11.

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment