Simen tersebut hanya boleh ditanggalkan tidak kurang dari tiga minggu selepas kejadian.
Beliau yang dimaksudkan ialah Saudara Mohd Akhimullah Mohd Yussof, Tahun Empat Konvensional.
Saudara Akhimullah memang terkenal dengan kehebatannya mengelecek bola dalam permainan bola sepak. Namun pada malam kejadian beliau berhasrat ingin berubah angin dengan mencuba permainan baru.
Kejadian tersebut berlaku pada malam khamis lalu di Gelanggang Bola Tampar,Istad Gamaah. Beliau sebenarnya baru mula berjinak-jinak dengan permainan baru dan menyertai sesi latihan yang dianjurkan oleh Kelab Bola Tampar.
Kecederaan tersebut terjadi pada tumit kaki kiri beliau berpunca dari lompatan yang tidak menjadi semasa membuat "spike" kepada pihak lawan.Selepas membuat "spike",beliau terjatuh dan menyebabkan tumit kaki beliau retak teruk.
Unit Wartawan mediaPERUBATAN mansurah sempat mengikut jejak Ketua Unit Kebajikan PCM 10/11, Saudara Mohamed Nasarudeen Abdul Hamed semasa menziarahi Saudara Akhimullah. Pengerusi PCM saudara Ahmad Azizi Md Jusoh juga turut berkesempatan mengadakan ziarah melawat mahasiswa terbabit.
Tetamu diberi layanan baik oleh seluruh isi rumah dengan hidangan minum petang. Wakil PCM menghabiskan masa kira-kira 45 minit bertanya khabar dan bermesra dengan Saudara Akhimullah.
"Berhati-hatilah semasa ingin mencuba permainan baru,belajar dulu teknik-teknik bermain dengan betul sebelum mencuba sesuatu permainan". Saudara Akhimullah menitipkan pesan kepada semua sebelum berpisah.
oleh: Abdul Fattah bin Hamzah
mediaPERUBATAN mansurah
0 Comment