Telah diadakan mesyuarat kali pertama Unit Bait Muslim (UBM) PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) sesi 2010/2011 bertempat di rumah pasangan saudara Muhammad Zaim bin Abd Aziz dan saudari Husna bt Abd Manaf.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh pengarah UBM sendiri, iaitu saudara Muhammad Izzat b Md Kamal yang dibantu oleh timbalan beliau yang juga merupakan isterinya, iaitu saudari Wan Aimi Rashidah bt Wan Mokhtar.
Antara objektif penubuhan UBM adalah untuk membantu ahli-ahli dalam proses perkahwinan samada perkhidmatan kaunseling, perkhidmatan mencari jodoh dan perkhidmatan untuk menguruskan urusan akad nikah dan walimatul ‘urus.
Kepada mana-mana ahli PCM yang berhasrat Untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan dengan urusan UBM, anda boleh menghubungi terus kepada Pengarah UBM, saudara Muhammad Izzat di talian 0112667273 atau Timbalan Pengarah UBM, saudari Wan Aimi Rashidah bt Wan Mokhtar ( 0104388438 ) atau mana-mana pasangan yang sudah berkahwin.
oleh:Mohd Firdaus Mohd Yusof
Wakil mediaPERUBATAN Mansurah
0 Comment