Sebanyak 12 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut dan salah satunya terdiri daripada kumpulan EXCO PCM. Pertandingan ini dianjurkan dengan inisiatif individu dengan kerjasama Universiti Mansurah apabila menyediakan kemudahan gelanggang permainan secara percuma.
Menurut pengarah projek,saudara Syazwan bin Mohd Zaini,beliau amat berpuas hati dengan kelancaran perlawanan walaupun terdapat sedikit gangguan dan masalah pada awal gerak kerja.
Wakil wartawan mediaPERUBATAN MANSURAH sempat menjenguk perlawanan yang disertai oleh pasukan EXCO PCM pada malam pertama perlawanan. Pada malam tersebut,pasukan EXCO PCM terlibat dengan dua perlawanan. Pada perlawanan pertama, tewas dengan 0 berbalas 1 manakala perlawanan lain hanya berkongsi mata.
Sebelum bersurai, saudara Azizi tidak lupa berterima kasih kepada seluruh warga kerja “Conventional Open Cup” dan beliau menzahirkan rasa terharu serta bangga dengan kejayaan penganjuran ini walaupun diusahakan atas inisiatif individu.
"Pihak kami telah mendapat banyak sokongan dari pelbagai pihak,rakan-rakan dan seluruh komuniti Mansurah.saya amat berterima kasih pada semua",kata saudara Syazwan Zaini selaku pengarah mengakhiri kalam beliau.
Dari kiri: Saudara Syazwan, Azizi & Ibrahim
Disediakan oleh:
Abdul Fattah bin Hamzah,
mediaPERUBATAN MANSURAH.
0 Comment