Daftar Segera Ke PWtC'11!

Terdapat 2 cara pendaftaran;

A.Isi borang secara online

B. Menghantar sms

Sila ambil perhatian

1. Bermula pada 9.00 pagi/Jumaat/7 Januari 2011 hingga 11.59 malam/Ahad/9 Januari 2011. Selain daripada tempoh waktu yang ditetapkan tidak akan dilayan.

2.Bagi memudahkan pihak ajk pelaksana, kami berharap warga PERUBATAN yang mempunyai kemudahan internet untuk mendaftar melalui borang online. Cara pendaftaran melalui sms hanya dikhaskan kepada warga PERUBATAN yang tidak mempunyai kemudahan internet.

3.Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat; sebarang kesilapan/kesalahan akan menjejaskan anda sendiri seperti urusan lanjutan berkaitan program, urusan taip sijil dan urusan penginapan.

4. Untuk penginapan, kami mengesyorkan anda mencari penginapan di rumah-rumah sahabat anda di Kaherah sebelum meminta untuk kami sediakan penginapan kerana penginapan yang kami sediakan mungkin terhad dan tidak sesuai dengan cita rasa anda.

5. Seberang pertanyaan dan masalah boleh hubungi;

Mohd Ihsan Hamdan, Tahun 4 Cairo[01521725008]
Khairunnisa Abd Rahman, Tahun 3 Cairo[0119946973]

A. Pendaftaran secara online

*pendaftaran secara online akan disertakan dengan pautan untuk mendaftar sejurus selepas pendaftaran dibuka

B. Pendaftaran melalui sms

Bagi mereka yang tiada kemudahan internet, anda semua boleh mendaftar melalui sms ke nombor berikut;
IKHWAH
Mohd Ihsan Bin Hamdan [01521725008]
AKHAWAT
Zahidah Binti Hamzah [0119946985]

Butiran maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut ;

1-Nama penuh [seperti dalam passport]
2-Jantina[L/P]
3-No kad pengenalan
4-No telefon
5-e-mail utama
6-Universiti [Kaherah/Ainsham/Azhar/Iskandariah/Mansurah/Tanta/Zagazig]
7-Fakulti [Perubatan/Pergigian/Farmasi]
8-Tahun pengajian
9-Penginapan: perlu(P)/tidak disediakan oleh ajk pelaksana(T)
10-Catatan penting untuk perhatian ajk pelaksana [allergy, kahwin, ada anak, dsb]
Contoh sms:
AHMAD BIN MUHAMMADL9001010101010121234567
ahmadmuhammad@yahoo.comMansurahPergigian1
Psaya dah kawin dan ada anak, minta diberi kemudahan yang sepatutnya, saya tidak boleh makan daging kambing…dsb

“Menjejak Thaqafah, Mengemudi Ummah”

Kerjasama dari anda semua amat dihargai. Sekian terima kasih.

Eksekutif Pendaftaran, Promosi dan Multimedia PWtC’11

Mohd Ihsan Bin Hamdan

Khairunnisa Binti Abd Rahman

Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment