Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir
P E R U B A T A N
Taqwa, Syifa', Rahmah
Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sesi Pentadbiran PERUBATAN Sesi 2010/2011 kini telah hampir melabuhkan tirainya. Pihak PERUBATAN dengan ini berbesar hati untuk menjalankan kaji selidik bagi membuat penilaian ke atas prestasi dan kualiti perkhidmatan serta gerak kerja keseluruhan pentadbiran PERUBATAN Sesi 2010/2011.
Di samping itu, kaji selidik ini juga bertujuan bagi membuka seluas-luasnya ruang muhasabah daripada ahli bagi sesi kepimpinan kali ini. Hasil dapatan kaji selidik ini juga bakal dimanfaatkan bagi proses pemerkasaan sesi pentadbiran PERUBATAN pada sesi hadapan.
Dengan ini, kami memohon kerjasama anda untuk mengisi borang kaji selidik ini bagi sama-sama membantu pihak pentadbiran PERUBATAN ke arah pentadbiran PERUBATAN yang lebih berkualiti dan dinamik.
Borang kaji selidik ini mengandungi beberapa bahagian utama iaitu:
A) Maklumat Diri
B) Tema PERUBATAN
C) Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN
D) Gerak Kerja Biro
E) Program-Program PERUBATAN
F) Muhasabah Umum
Semoga dengan kaji selidik yang telah dilakukan ini dapat membantu melicinkan lagi perjalanan pentadbiran PERUBATAN pada sesi hadapan.
Borang kaji selidik ini akan dibuka sehingga 30 Januari 2011 untuk diisi oleh seluruh ahli PERUBATAN di Mesir. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada anda yang sudi untuk mengorbankan sedikit masa demi menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam borang kaji selidik ini, semoga mendapat ganjaran sebaiknya daripada Allah SWT kelak.
Taqwa, Syifa', Rahmah
Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati
Panitia Perancang,
PERUBATAN 2010/11.
0 Comment