Kenyataan Rasmi EM:Nasihat Keselamatan Berkenaan Penggunaan Pemanas Air Bergas


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rujukan kami: JPMK(KEB)1000/04(02)

Tarikh : 23 Januari 2011

Kepada:

Semua Warga Malaysia
di Republik Arab Mesir.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

­Y. Bhg. Dato’/ Tuan/ Puan,

NASIHAT KESELAMATAN BERKENAAN PENGGUNAAN PEMANAS AIR BERGAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Berikutan insiden terhidu ‘gas beracun’ melalui pemanas air (dalam bilik air) yang telah mengakibatkan kematian seorang pelajar perubatan MARA di Alexandria baru-baru ini, seluruh warga Malaysia di Mesir dinasihatkan supaya:

2.1 Sentiasa berwaspada dan peka kepada aspek-aspek keselamatan penggunaan pemanas air yang berkaitan.
2.2 Sentiasa peka kepada aktiviti rakan-rakan serumah serta nasihat-menasihatilah ke arah kebaikan.
2.3 Melaporkan sebarang kemalangan membabitkan warga Malaysia dengan kadar segera kepada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).


3. Kerjasama semua pihak sangat dituntut demi kebaikan dan kesejahteraan bersama.



Saya yang menurut perintah,

tt
Hj. Aswandi bin Laman

Education Malaysia Egypt
Embassy of Malaysia Cairo
No. 21 Al-Anab St., Mohandessien, Giza
TEL 202-37610068/73/19/13
Mobile +20115681155
FAX: 202 – 37622395
Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment