Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dia sebaik-sebaik Perancang dan Dia jualah Yang Memberi Kejayaan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh,
Musim peperiksaan bagi mahasiswa/wi sains kesihatan Universiti Mansurah telah tiba bagi sesi 2010-2011 pada tahun ini. Selari dengan Identiti PERUBATAN Cawangan Mansurah pada sesi ini, "Kesatuan, Profesional dan Berkebajikan" dan Objektif PERUBATAN iaitu, "menjaga dan memperkasa pencapaian akademik dalam kalangan ahli", PERUBATAN Cawangan Mansurah telah menetapkan satu tarikh bagi penangguhan program-program bagi semua mahasiswa/wi sains kesihatan di Universiti Mansurah berkuatkuasa pada 2 JANUARI 2011. Penangguhan program ini berkuatkuasa sehinggalah pada 27 JANUARI 2011.
Namun, Panitia Perancang PERUBATAN Cawangan Mansurah memberikan kelulusan dan pengecualian istimewa kepada beberapa program yang bersifat akademik sempena peperiksaan.
Untuk makluman semua mahasiswa/wi, PERUBATAN di peringkat induk (Kaherah) telah menetapkan tarikh penanggguhan program adalah pada 25 Disember 2010. Namun, setelah mengambil kira beberapa faktor, Panitia Perancang PERUBATAN Cawangan Mansurah telah menetapkan tarikh yang berbeza bersesuaian dengan mahasiswa/wi sains kesihatan Universiti Mansurah.
Panitia Perancang PERUBATAN Cawangan Mansurah menyedari sebahagian mahasiswa/wi sudah pun menduduki peperiksaan, maka tarikh penangguhan program yang ditetapkan ini adalah tarikh umum bersesuaian dengan mahasiswa/wi yang terdiri daripada kursus yang berbeza iaitu perubatan, pergigian dan farmasi.
Maka, selaku seorang mahasiswa/wi sains kesihatan di bidang perubatan, pergigian mahupun farmasi, tumpuan terhadap akademik mestilah diutamakan di samping tidak mengabaikan kewajipan-kewajipan seorang muslim. Ini bagi melahirkan graduan sains kesihatan mesir yang menjadi Qudwah kepada masyarakat kelak. Tingkatkan usaha dan kebersamaan kita dalam mencapai kecemerlangan serta doa yang berterusan untuk diri sendiri, sahabat-sahabat ahli PERUBATAN serta sahabat-sahabat seakidah di seluruh dunia. Semoga setiap apa yang kita lakukan tidak sia-sia di akhirat sana. Amin.
Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati
AT TAQWA, AS SYIFA', AR RAHMAH
MUHAMMAD ABU UBAIDAH BIN MUSTAPA KAMAL
Timbalan Pengerusi 1
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2010/2011
0 Comment