Penangguhan & Pembatalan Program PERUBATAN (Induk)

Rentetan daripada pergolakan di Mesir dan program evakuasi ke tanah air yang melibatkan majoriti ahli PERUBATAN, beberapa program PERUBATAN khususnya pada cuti musim sejuk yang lalu telah diputuskan sama ada DITANGGUHKAN atau DIBATALKAN.

Berikut adalah status program yang berkaitan :

1- Jaulah ke Sinai dan Bahriya : DIBATALKAN
2- Majlis Apresiasi Graduan : DIBATALKAN
3- Jaulah Makam (Kaherah sahaja) : DIBATALKAN
4- Winter Enlightenment & Brotherhood (WEB) : DIBATALKAN
5- Explorace PERUBATAN (Kaherah sahaja) : DIBATALKAN
6- PERUBATAN Winter Carnival (PWtC) : DITANGGUHKAN
7- Karnival Sukan PERUBATAN : DITANGGUHKAN

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERUBATAN kali ke 8

Mesyuarat Agung Tahunan untuk sesi pentadbiran semasa ini insyaAllah akan dijalankan SEBELUM atau pada 31 Mac 2011 (berdasarkan Perlembagaan PERUBATAN). MAT kali ke 8 yang pada asalnya dijadualkan untuk diadakan pada 25 Februari 2011 terpaksa ditunda disebabkan insiden yang berlaku, serta bagi memberi laluan kepada Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Iskandariah yang perlu dilaksanakan sebelum MAT berlangsung.

Tarikh tersebut juga tertakluk kepada tarikh mahasiswa dibenarkan pulang ke Mesir untuk meneruskan sesi pengajian seperti biasa.

Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah menunjukkan jalan keluar kepada setiap kesulitan yang ditimpakan. Semoga kebangkitan golongan belia Mesir menjadi inspirasi juga kepada ahli PERUBATAN untuk terus bersungguh-sungguh dalam mencapai kecemerlangan lapangan yang diceburi, terutamanya akademik dan sahsiah.

Sekian, wassalam.

Taqwa Syifa' Rahmah
ILMUAN BERBAKTI TEGUH SEHATI

Mohd Najib bin Saleh
Natrah binti Ahmad Kamil
Panitia Perancang PERUBATAN 2010/2011

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment