[BERITA] Bengkel Klinikal MMA Bermula

April 2011,Mansurah- Setelah 30 senarai peserta diumumkan pihak MMA, satu kelas klinikal pertama telah berjaya diadakan. Kelas yang dimaksudkan telah berlangsung di bilik makmal kemahiran Universiti Mansurah pada petang Rabu yang lalu.


Kelas tersebut dibahagikan kepada dua sesi kerana melihat kepada jumlah peserta MMA yang bertambah. Sesi pertama bermula kira-kira jam 2 petang, manakala sesi kedua dimulakan pada dua jam berikutnya.

Turut hadir ke kelas tersebut,wakil daripada pihak MMA sendiri bagi menguruskan kelancaran program.

Untuk Bengkel Kemahiran kali pertama ini, peserta MMA diberi tunjuk ajar tentang vascular skill.Teknik-teknik untuk melakukan suntikan IV,IM,SC dan langkah-langkah selamat untuk Cannula Insertion.



Tenaga pengajar pada hari tersebut telah disediakan oleh pihak Universiti Mansurah.Selesai slot penerangan,para peserta MMA diarahkan untuk melakukan apa yang telah dipelajari pada hari tersebut. Setiap peserta MMA diwajibkan melakukan demontrasi secara individu bagi memastikan mereka mahir dengan teknik yang dipelajari.


"Banyak yang saya belajar dari kelas pertama MMA seperti mengambil darah dan membuat suntikan.Program MMA akan selalu memberikan motivasi dan inspirasi untuk saya terus meningkatkan kualiti diri untuk bersedia menjadi seorang doktor yang kompeten setaraf dengan graduan daripada universiti antarabangsa mahupun tempatan," ujar saudara Hanif Mahamud,tahun 4 konvensional ketika dihubungi pihak mediaPERUBATAN.

Program yang dirancang khas ini dikelola oleh unit Akedemik PERUBATAN cawangan Mansurah dengan kerjasama pihak Universiti. Kelas-kelas yang dirancang akan menekankan aspek klinikal bagi memberi tunjuk ajar dan persediaan yang berkesan sebelum mahasiswa perubatan kembali berkhidmat pada nusa dan bangsa tidak lama lagi.



oleh: Abdul Fattah bin Hamzah.
mediaPerubatan Mansurah
Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment