[JAKSI] Pekeliling JAKSI 2010/2011

PERSATUAN PELAJAR-PELAJAR PERUBATAN MALAYSIA MESIR

(PERUBATAN) CAWANGAN MANSURAH


Pekeliling Bil. 1 : 2010/2011 – Berkuatkuasa 12 Mac 2010

NO rujukan : PERUBATAN(MAN) 02/01/10-X07/2011/11(2)

(Pamerkan pekeliling ini di tempat yang mudah dilihat dan selalu dikunjungi)

PEKELILING JAKSI 2010/2011

1. Setiap pemakaian mestilah mencerminkan peribadi muslim / muslimah yang mulia terutamanya apabila berada di luar kawasan rumah.

2. Pergaulan bebas antara siswa dan siswi adalah dilarang keras walaupun secara berkumpulan

3. Perbuatan menghisap rokok, syisya dan seumpamanya amatlah tidak dibenarkan meskipun di tempat yang tertutup.

4. Siswa dilarang sama sekali untuk memasuki rumah siswi dan begitu juga sebaliknya.

5. Siswi tidak dibenarkan keluar malam melainkan atas sebab-sebab berikut dengan ditemani musyrif :

· Hal kecemasan yang memerlukan untuk pergi ke hospital

· Ke lapangan terbang

· Urusan persatuan

· Tuisyen

6. Penggunaan kenderaan awam secara berseorangan dikalangan siswi adalah tidak digalakkan

7. Membuat hubungan antara siswa dan siswi samaada dalam bentuk perbualan atau bertulis secara langsung atau tanpa keperluan adalah dilarang

8. Sebarang tontonan atau simpanan gambar yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang sama sekali

9. Sebarang masalah perlulah dirujuk kepada Pengerusi PCM dan Pengarah JAKSI

Amar Makruf, Nahi Munkar’

‘Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati’

‘AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH’

DIKELUARKAN OLEH : JABATAN SETIAUSAHA PCM 2010/2011

Sebarang maklumat berkaitan JAKSI boleh disalurkan kepada :

· MUHAMMAD IMRAN BIN JAAMAT (0111015951)

· MAZLIANA BINTI MAZLAN (0145792979)

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment