Tarikh Penangguhan Program PERUBATAN

Dengan NamaMu Ya Allah, Sebaik-baik Tuhan
Yang Menciptakan setiap yang bernyawa.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kehangatan musim peperiksaan yang dinanti oleh semua pelajar perubatan menjelma lagi pada sesi 2011-2012 tahun ini. Sehubungan itu, PERUBATAN menetapkan tarikh penangguhan setiap program bagi seluruh penuntut sains kesihatan di Mesir di peringkat Kaherah adalah berkuatkuasa pada 7 MEI 2011. Segala program akan diberhentikan sehingga tamat peperiksaan akhir tahun .

Bagi cawangan-cawangan PERUBATAN pula, memandangkan terdapat perbezaan tarikh bermulanya peperiksaan akhir tahun, maka tarikh penagguhan program PERUBATAN Cawangan adalah seperti tarikh yang tertera dibawah:

Zagazig
1 MEI 2011

Tanta
7 MEI 2011

Mansoura Manchester Programme
15 MEI 2011

Mansurah (lain-lain)
1 MEI 2011

Iskandariah
31 MEI 2011

Pengecualian program PERUBATAN akan diberikan kepada beberapa kes istimewa setelah mana mendapat kelulusan daripada PANITIA PERANCANG PERUBATAN.

Justeru, kami di pihak persatuan PERUBATAN menyaran agar setiap ahli meletakkan prioriti dan keutamaan kita sebaik-sebaiknya. Tumpukan sepenuh fokus dan usaha kepada peperiksaan akhir tahun yang bakal menjelma. Teguh dan eratkan kebersamaan kita dengan doa yang berterusan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat serta ahli PERUBATAN yang lain.

Semoga ahli-ahli PERUBATAN pada tahun ini beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun ini InsyaAllah, sejajar dengan agenda PERUBATAN Sesi 2011/2012, iaitu penumpuan terhadap akademik, seterusnya kesatuan dan kebajikan.

Wallahu A3lam

At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah

Ilmuan Berbakti Teguh Sehati

Ahmad Ibrahim Bin Yahaya
Timbalan Presiden 1
PERUBATAN

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment