Finalis Peserta Bakal Diumum - Pengarah MMA

Jumaat, 8 April 2011-Seramai 55 orang yang telah mendaftar untuk menyertai MMA(Mansoura Medical Acedemy) telah berjaya ditemuduga pada jumaat lalu.

Mereka yang terdiri dari pelajar klinikal Universiti Mansurah hadir ke Darul Rahmah bermula jam 8 pagi sehingga jam 11 tengahhari. Mereka telah dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil dan diarahkan hadir pada waktu yang telah ditetapkan.


Tinjauan krew mediaPERUBATAN ke Darul rahmah melihat sambutan amat menggalakkan.Para peserta dilihat begitu bersemangat dan sibuk membuat persiapan terakhir sebelum masuk ke bilik temuduga. mengembirakan, rata rata peserta datang dengan etika pemakaian yang segak, kemas dan anggun bagi memastikan mendapat markah penuh dalam aspek penampilan diri.

Beberapa peserta yang hadir pada waktu tersebut telah didekati oleh krew kami untuk mendapat maklum balas.

Antaranya saudara Mohd Izzul Akmal Ibrahim, Konvensional tahun 5, beliau ketika ditanya masih belum memasuki bilik temuduga.Perasaan beliau berdebar tetapi sudah bersedia dengan sedikit persiapan sebelum hadir.Beliau begitu berminat dengan MMA kerana dengan MMA beliau yakin potensi diri dalam bidang klinikal perubatan akan meningkat.

Manakala Saudari Siti Nadia binti Che Adinan, tahun 5 konvensional,beliau dengan penuh yakin memberi respon seperti berikut "Saya amat berharap saya akan terpilih menyertai MMA ini.saya rasa inilah platform yang terbaik bagi saya untuk mendalami ilmu kinikal,etika perubatan dan juga fiqh perubatan, saya optimis saya akan layak menyertai MMA."

Mantan Timbalan Pengerusi 2 PCM 2009/10, saudari Syamilah Mohamad, beliau yang kelihatan begitu tenang ketika keluar dari bilik temuduga memberi maklum balas seperti berikut ''Saya dapat menjawab dengan baik soalan-soalan yang diajukan tetapi bagi saya soalan tersebut agak mencabar. Saya berharap dapat menyertai MMA ini. Walaubagaimanapun, jika saya tidak terpilih saya menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka kerana mungkin ada orang yang lebih layak dari saya."


Menurut pengarah MMA,saudara Mohd Firdaus Mohd yusof ketika dihubungi berkata, ''Saya berpuas hati dengan kualiti peserta yang hadir ke temuduga, kami sekarang tengah pening kepala untuk memilih peserta yang terbaik bagi menyertai MMA ini'' ketika ditanya berkenaan temuduga beliau menyatakan bahawa dalam minggu ini senarai keputusan bagi peserta yang terpilih akan diumumkan selepas beberapa mesyuarat khas dijalankan oleh pihak MMA.


Oleh : Abdul Fattah bin Hamzah
mediaPERUBATAN mansurah
Tags: , , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment