Kenyataan Rasmi Pasca Transisi Kepimpinan PERUBATAN 2011/2012

Assalamualaikum W.B.T

Setiap insan itu adalah pemimpin dan potensi kepimpinan itu semamangnya wujud dalam setiap manusia. Namun yang berbeza hanyalah terletak pada kemampuan untuk memimpin pada setiap individu. Pemimpin yang baik juga bukan hanya dilihat kepada kemampuan melicinkan perjalanan organisasinya ke arah yang sama seperti perjalanan gerak kerja yang lalu, bahkan dilihat juga kepada kemampuan untuk melebarkan jaringan hubungan, kekuatan pada membina pengaruh, di samping memberikan ahli gambaran yang jelas ke mana jalan pengakhiran bagi organisasi tersebut.

PERUBATAN sejak sekian telah lama berdiri dan mendokong aspirasi mahasiswa pengajian sains kesihatan Islam di bumi Mesir ini semenjak hampir 10 tahun yang lalu ia ditubuhkan. Walaupun ditubuhkan dengan hasrat semata-mata hanya menjaga kebajikan ahli di peringkat awalnya, kini PERUBATAN dilihat mampu mengorak langkah lebih jauh dalam memastikan ahlinya mampu berdaya saing kelak di Malaysia.

Majlis Transisi Kepimpinan baru-baru ini memberikan gambaran yang jelas kepada ahli bahawa wujudnya tsunami visi dalam PERUBATAN untuk menjalankan gerak kerja yang lebih tersusun dan fokus kepada sasaran yang ingin dicapai dalam sesi yang mendatang.

3 sasaran utama telah diletakkan kepada ahli, ialah visi dalam mencapai

1. Mengoptimum kesatuan dan kebersamaan antara ahli PERUBATAN.

2. Membentuk graduasi sains kesihatan Mesir yang kompeten dari sudut akademik dan sahsiah.

3. Memperkasa kekuatan PERUBATAN dari sudut kebajikan kepada ahli.

Tidak dapat tidak, seluruh harapan besar yang ingin dicapai ini memerlukan revolusi aksi yang bertenaga dari seluruh pimpinan AJKT PERUBATAN. Agenda yang dihasilkan adalah dilihat berdasarkan keperluan semasa ahli PERUBATAN dan juga didasari atas masalah yang tertimbul dari kalangan ahli sejak sekian lama.

Kejayaan yang diharapkan dalam memastikan ketiga-tiga agenda ini tidak mungkin tercapai, andai tiada kerjasama total dari kalangan ahli. Ingat, pimpinan hanya nakhoda yang mengatur urus ahli di dalam kapal, dan kekuatan sebenar adalah diletakkan kepada kelasi kapal iaitu ahli PERUBATAN itu sendiri untuk menongkah arus laut dalam PERUBATAN.

Agenda yang dirangka akan diberikan penjelasan dari sudut visi, misi, mekanisme dan key performance indicator untuk mencapai sasaran dalam sesi penerangan yang akan datang. Semoga semangat revolusi Mesir 25 Januari 2011 yang lalu mampu membekas dalam hati mahasiswa sekalian, dalam melahirkan revolusi tindak tanduk, pemikiran dan sahsiah yang mapan di kalangan ahli.

Sekian.

TAQWA, SYIFA', RAHMAH

Syafiq bin Hamdani,

Presiden PERUBATAN 2011/2012

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment