[BERITA] - STAR Tahun 3 Berakhir Dengan Jayanya


29 April, Mansurah- Majlis penutup STAR tahun 3 Perubatan Konvensional berakhir dengan penuh gemilang. Majlis yang serba ringkas tersebut berlangsung di Darul Rahmah sejurus selepas kelas Tutorial Pathology yang terakhir.

Majlis tersebut diisi dengan slot solat Hajat berjemaah,slot Motivasi,slot penyampaian hadiah dan sesi makan bersama tutor dan pelajar.


Selesai sahaja solat hajat, saudara Asyraf Shabadin, tahun 4 Perubatan Konvensional telah diundang khas untuk menyampaikan sedikit motivasi bagi membangkitkan semangat para pelajar sebelum menghadapi peperiksaan.

Kemudian Pengarah STAR untuk kuliah Perubatan Konvensional, saudara Abdul Rahman Shukor berucap dalam majlis,"Saya amat berterima kasih kepada semua pelajar tutorial tahun 3 kerana menyokong program STAR ini,tanpa kalian,kami semua tidak akan berada di sini,"beliau mengakhiri ucapan dengan tepukan gemuruh daripada pelajar dan tutor.

Turut hadir,Timbalan Pengerusi 1 PERUBATAN Cawangan Mansurah,saudara Muhammad Abu Ubaidah Mustapa Kamal. Beliau memberi ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan program STAR ini.Harapan beliau agar program STAR ini akan terus dianjurkan oleh Unit Akademik PCM untuk manfaat semua pelajar pada tahun mendatang.


Majlis berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada semua yang terlibat.


Kelas Tutorial anjuran Unit Akedemik PCM ini bermula sejak hujung tahun lalu mempunyai kira-kira 30 orang pelajar. Kekerapan kelas adalah sekali seminggu dan dibahagikan kepada tiga subjek iaitu Pharmacology,Pathology dan Microbiology. Seramai 21 orang tenaga pengajar daripada tahun 4 Perubatan Konvensional terlibat secara langsung sebagai tutor dan tiada bayaran dikenakan kepada pelajar.

Disediakan oleh :
Abdul Fattah bin Hamzah,
mediaPERUBATAN Mansurah.
Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment