Medics' Got Talent - Perbincangan Dua Hala antara Pimpinan PCM dengan Pihak Universiti

3 Mei, Mansurah - PERUBATAN Cawangan Mansurah diwakili oleh Majlis Tertinggi, Muhammad Abu Ubaidah Mustapa Kamal selaku Timbalan Pengerusi 1, Muhammad Hanif bin Mahamud selaku Setiausaha dan Nik Nurfariha bt Mohamed Zalami, Timbalan Setiausaha PCM, telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak Universiti Mansurah iaitu bersama Coordinator Mansoura Manchester Programme, Prof. El-Said Abdel-Hady dan Coordinator International Foreign and Student Affair, Dr Nisreen Salah Omar, bagi berbincang beberapa perkara mengenai program Medic’s Got Talent anjuran Mansoura Manchester Student Society.

Saudara Abu Ubaidah, Timbalan Pengerusi 1 PCM
bersama
Prof. El-Said Abdel-Hady

Dalam pertemuan itu, masing-masing memberikan idea dan saranan bagi pihak PERUBATAN Cawangan Mansurah untuk diaplikasikan dalam program berkenaan.

Program berkenaan yang merupakan kesinambungan kepada Talent’s Show pada tahun lepas , dijadualkan akan berlangsung pada 5 Mei 2011 di Dewan Ali Hegazi, Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah.

Hasil daripada pertemuan itu, pihak universiti bersetuju untuk mengambil sebahagian daripada beberapa cadangan yang dikemukakan oleh wakil PCM tersebut untuk dilaksanakan pada hari program Medic ‘s Got Talent pada 5 Mei 2011 ini.

Memorandum diserahkan kepada pihak universiti

Di akhir pertemuan antara dua pihak, pihak PCM menyerahkan memorandum kepada kedua-dua wakil universiti iaitu Dr Nisreen Salah Omar dan Prof. El-Said Abdel-Hady.

Kedua-dua belah pihak mengharapkan hasil yang terbaik dan memuaskan hati semua pihak dalam isu Medic’s Got Talent kerana kedengaran pelbagai spekulasi yang ditimbulkan oleh warga Mansurah. Maka pihak PERUBATAN Cawangan Mansurah mengharapkan bertemu dan bersua muka dengan pihak pertadbiran universiti secara langsung dapat menyelesaikan perkara ini dengan cara yang lebih diplomatik dalam suasana mengekalkan kesatuan pelajar di sini.


Muhammad Hanif bin Mahamud,
Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2010/2011.
Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment