Tak terasa masa merangkak
Datang dan pergi
Kadang pantas
Terkadang lambat pula
Yang pasti dalam hati
Mengaju soal
Bila penantian ini akan berakhir?
Seiring waktu
Imtihan datang
Imtihan pergi
Tekanan juga datang
dan pergi
Seringkali juga menyapa telinga
Frasa tertekan kerana exam
Kerap kali juga
mereka bertanya
Soalan apa yang keluar ek?
Ko takde soalan spot ke?
Sesekali minda mencerna
Makna kata-kata orang berjaya
Belajarlah kerana ALLAH
Sekali baris itu melintas telinga
Seakan senang untuk melaksanakannya
Hakikatnya
Kita tak pernah
mengerti maksudnya
Ilmu Pencipta itu luas
Yang kita timba itu
Cuma sepicing
Sedangkan ilmuNya
kalau ditintakan dengan tujuh lautan sekalipun
Takkan pernah habis
Renungkan teman
Kenapa tak pernah
Kita berasa kerdil dengan kelemahan ini?
Bekerjalah
walau sesukar mana pun
Demi sebuah pertemuan yang indah
Dengan Yang Memiliki Ilmu
Jutaan harapan terkirim
dari tanah air
Merindukan khabar cemerlang
dari anak-anak yang merantau
Mendoakan kesejahteraan kita di sini
yang berusaha menjadi permata berkilau
Bukan sekadar kaca lutsinar
Biarpun tak setanding Ibn Sina
kita insan biasa yang luar biasa
Cuba mengejar status hamba
yang melaksanakan fardhu kifayah
Mencari redha di bumi anbiya’.
Datang dan pergi
Kadang pantas
Terkadang lambat pula
Yang pasti dalam hati
Mengaju soal
Bila penantian ini akan berakhir?
Seiring waktu
Imtihan datang
Imtihan pergi
Tekanan juga datang
dan pergi
Seringkali juga menyapa telinga
Frasa tertekan kerana exam
Kerap kali juga
mereka bertanya
Soalan apa yang keluar ek?
Ko takde soalan spot ke?
Sesekali minda mencerna
Makna kata-kata orang berjaya
Belajarlah kerana ALLAH
Sekali baris itu melintas telinga
Seakan senang untuk melaksanakannya
Hakikatnya
Kita tak pernah
mengerti maksudnya
Ilmu Pencipta itu luas
Yang kita timba itu
Cuma sepicing
Sedangkan ilmuNya
kalau ditintakan dengan tujuh lautan sekalipun
Takkan pernah habis
Renungkan teman
Kenapa tak pernah
Kita berasa kerdil dengan kelemahan ini?
Bekerjalah
walau sesukar mana pun
Demi sebuah pertemuan yang indah
Dengan Yang Memiliki Ilmu
Jutaan harapan terkirim
dari tanah air
Merindukan khabar cemerlang
dari anak-anak yang merantau
Mendoakan kesejahteraan kita di sini
yang berusaha menjadi permata berkilau
Bukan sekadar kaca lutsinar
Biarpun tak setanding Ibn Sina
kita insan biasa yang luar biasa
Cuba mengejar status hamba
yang melaksanakan fardhu kifayah
Mencari redha di bumi anbiya’.
0 Comment