[fewwit!] - Manchester Family Outing 2011!



Bertemakan "fewwit!" - Fun Exciting Weekend With Manchester Team!, Manchester Family Outing 2011 (MFO'11) ini merupakan sebuah program berbentuk 'Hari Keluarga' untuk Perubatan Mansoura-Manchester, Universiti Mansurah.

Kami menyediakan penyertaan acara bagi Sukaneka, Tarik Tali, Street Soccer, Explorace, Cabutan Bertuah, serta Pidato Bahasa Melayu atau Inggeris!

Tapak menjual makanan juga akan dibuka pada hari tersebut. Acara 3 on 3 Basketball yang dimaklumkan sebelum ini terpaksa dibatalkan atas permasalahan gelanggang.

Anda diberi peluang untuk membentuk kumpulan mengikut kehendak dan keperluan anda sendiri. Sebarang penyertaan acara dan pertandingan program ini adalah percuma.

Hadiah disediakan bagi setiap pemenang mengikut kategori masing-masing.


Sebarang urusan tempahan tapak pembukaan gerai:
Sila hubungi Wan Syuib bin Shariffudin (014-645 4591/tahpape10[at]yahoo.com)
atau Nurul Ain binti Jaafar (014-679 5488/ainjaafar46[at]yahoo.com)

Sertai Kami & Rebutlah Peluang Bagi Memenangi
Hadiah Yang Disediakan!
(Tempoh Pendaftaran: 5-10 Mei 2011)

Tentatif Awal Sepanjang Program

Tarikh: 13 Mei 2011
Tempat: Stadium & Kawasan Kuliah Perubatan Universiti Mansurah

7.30-8.00 pagi : Pendaftaran peserta
8.30 pagi : Taklimat Program & Disiplin
8.40 pagi-11.30 pagi : Acara Sukaneka, Explorace, Tarik Tali & Street Soccer
12.00-1.30 petang : Solat Jumaat & Makan Tengahhari

Majlis Penutup
1.30-2.30 petang : Pidato Perdana/Public Speaking (Peringkat Akhir)
2.30-3.00 petang : Persembahan
3.00-3.30 petang : Ucapan & Penyampaian Hadiah
4.00 petang : Bersurai








Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment