Menang Kotor Dengan Meniru - Wallpaper & Artikel



“Psstt..weh,adjust jawapan nombor 3!”

“Huk aloss..mu ni..dok bagi doh dengan saing2..gini ah saing!”

Dialog di atas antara dialog yang sering kita utarakan ataupun popular dikalangan kita dalam peperiksaan. Mana tidaknya, kita dalam kesusahan,sebagai kawan sejati kenalah tolong kawan kan?ke camne?

Tapi kita terlupa,tak sedar kita ini sering diperhatikan oleh DIA..mungkin kita memang cover line baik punya,makcik atau pakcik arab memang tak sedar kita tiru,tapi kita memang lupa bahawa ALLAH SWT tu selalu tengok je kita..nak uji iman kita seposen?try la cuba nak tiru..teringat tak kita kat ALLAH?

Kalau nak bercakap daripada sudut hukum, asasnya adalah :-

1) Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram.

Sebuah hadis :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-

قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ

Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Dari kedua-dua dalil di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram bagi guru dan murid kerana ia adalah satu bentuk penipuan.

Dari hadis ketiga juga dapat difahami setiap hasil keuntungan duniawi yang terhasil dari yang haram, maka hukumnya adalah haram jua. (rujukan : http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/583-guru-naik-gaji-hasil-meniru-dalam-peperiksaan.html)

Ulasan Ustaz Azhar Idrus tentang meniru..


Bila korang berjaya dengan meniru, korang dapat kerja hebat dan gaji tinggi hasil meniru,pastu korang nak sara anak bini dengan hasil gaji meniru korang..agak-agaknya,ada keberkatan tak dalam gaji tuh?

Sebab tu tak heran,mak ayah kerja power gaji tinggi tapi anak rosak..mungkin salah satunya kerana hilang keberkatan dalam pencarian rezeki?korang nak family korang camtu ke? Bila check semula,kerana perangai suka meniru korang..

Jadinya, ubahlah perangai meniru kita.Sementara kita tak mati lagi, marilah kita melakukan perubahan agar kita tak menyesal di kemudian hari masa tengah disoal di Padang Masyhar di depan seluruh makhluk ALLAH.

Baik kalah dengan bermaruah daripada menang dengan tangan yang kotor..

Sumber: Blog Pengarah MMA, saudara Mohd Firdaus Mohd Yusof

Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment