Kejadian ini berlaku dalam teksi dan pemandu teksi meminta dengan mangsa untuk membuat pertukaran wang LE 100. Mangsa bersetuju tanpa mengesyaki bahawa wang LE 100 itu adalah wang kertas palsu.
Mangsa menyedari beliau telah ditipu apabila ingin membuat pembayaran ketika membeli barang dan wang itu tidak diterima setelah mengenalpasti ada sedikit perbezaan dari segi warna dan teksturnya.
Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa/wi diingatkan supaya lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan wang palsu ini dan dinasihatkan tidak membawa wang yang berjumlah banyak sekiranya tiada keperluan yang sangat mustahak.
0 Comment